sejenis tiram, Pinctada margaritifera.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tipa
model, corak, jenis:
selalunya yang dibandingkan dalam kajian sastera bandingan ialah karya-karya sastera yang satu jenis atau ~.
tip III
mengetip;
~ bola [bahasa percakapan] menumbuk bola.
tip II
mesin ~ mesin taip;
mengetip menaip, mengetik;
= tik I.
tip I
1. sedikit wang atau upah tambahan yang diberikan kepada seseorang, misalnya pelayan hotel, sebagai tanda menghargai khidmatnya:
baki wang membeli rokok itu diberikannya kepada budak itu sebagai ~;
2. maklumat dalaman yang sangat berguna, terutamanya berhubung dengan pasaran saham, lumba kuda dan sebagainya;
3. [bahasa percakapan] petua tentang sesuatu seperti kecantikan, kesihatan dan masak-memasak.
Tiongkok
benua China.
tintir
sejenis lampu minyak tanah, pelita:
cahaya ~ di situ tidak berapa terang.
Tionghoa (orang) Cina;
bahasa (bangsa) ~ bahasa (bangsa) Cina.
tinting III
burung ~ sungai sejenis burung, binti-binti, raja udang, Alcedo meninting verrauxii.
tinting II
tingting I.
tinting I
meninting
1. mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak);
2. menggoncang-goncang nyiru dan lain-lain untuk memilih beras dan lain-lain, mengetuk-getuk ayakan dan lain-lain untuk menapis tepung;
3. [kiasan] meneliti (menapis, menimbang) salah benar atau buruk baik dan lain-lain sesuatu:
setelah ~ dan menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan segala-galanya;
tintingan tapisan, ayakan (pengayak).