kajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dan sebagainya) atau tentang pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yang terdapat (pada setiap tipa).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tipografi
(Percetakan)
1. kerja atau proses menyusun dan menyediakan bahan bertulis untuk pencetakan;
2. gaya, bentuk susunan, dan rupa sesuatu bahan bercetak.
tipis
1. tidak tebal, nipis (barang pipih seperti kertas, kaca, dan lain-lain):
bajunya daripada kain ~;
2. kurang tebal lapisannya (berkenaan (dengan) cat dan lain-lain):
ia memakai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihatan;
3. kurang padat (berkenaan (dengan) asap, awan, dan lain-lain):
cuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi matahari;
4. kurang terang (tulisan):
tulisannya ~;
5. sedikit sahaja (tidak besar), hampir tidak ada:
harapan kita untuk melahirkan penulis-penulis yang agung dengan karya-karya yang besar agak ~ ;
kemungkinan tercapainya keamanan yang berkekalan sangat ~;
6. sangat sedikit, tinggal sedikit:
tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli;
mendapat keuntungan ~ mendapat keuntungan yang sangat sedikit;
~ bibirnya = bibirnya ~ ki
a) pandai (suka) berkata-kata;
b) mudah berkata yang bukan-bukan, lancang mulut, cerewet;
~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yang membangkitkan kemarahan);
menipis
1. menjadi tipis;
2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dan lain-lain):
harapannya mencapai cita-citanya makin ~;
kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~;
menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dan lain-lain):
~ getah dengan mesin;
perbuatan curangnya ~ kepercayaan orang terhadapnya;
ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu:
~ minat;
penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan:
tetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon.
tipikal
bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa:
tokoh Pantalone yang secara ~ mewakili saudagar yang kikir.
tipen
= tepen.
tipe
[Indonesia-Belanda] tipa.
tipas
menipas [Kelantan] menampar.
tipar
[Jakarta] ladang padi, huma.
tipak II
[arkaik];
~ sirih
tepak.
tipak I
[Minangkabau]
1. giliran;
2. bahagian yang dikhaskan (untuk);
3. karib, erat, rapat;
4. mengenai, berkaitan dengan, tentang;
bertipak
1. (sudah) dibahagi-bahagi;
pusaka itu sudah ~ pusaka itu sudah dibahagi-bahagi (kpada waris-warisnya);
2. menurut, mengenai;
peraturan bertipak-tipak peraturan menurut (mengenai) kaum atau pihak yang tertentu.