tolong

= minta ~ minta bantuan (sokongan);

tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu;

menolong, menolongi
1. membantu (dengan tenaga, wang, fikiran, dan lain-lain):
sedangkan ke sawah menolongi aku yang hina ini kau tak berasa gentar dan malu;
aku tidak mempunyai wang untuk ~mu;
sewaktu memunggah barangnya ke dalam lori Wak Seman ditolongi tetangganya;

2. melepaskan diri daripada bahaya dan lain-lain, menyelamatkan:
dialah yang ~ aku daripada mati lemas;

3. dapat meringankan penderitaan dan lain-lain, dapat menyembuhkan daripada penyakit dan lain-lain, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan lain-lain:
bantuan doktor yang diminta tidak dapat ~nya;
~ wang (fikiran, tenaga)
menolong dengan wang (fikiran, tenaga);
menolongi nyawa melepaskan diri daripada bahaya maut;

tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan;

tolongan [arkaik] = pertolongan;
ketolongan
beroleh pertolongan hingga selamat:
agar ibunya ~ ;

pertolongan perihal (perbuatan dan sebagainya) menolong, sesuatu (yang digunakan) untuk menolong, bantuan, sokongan:
dengan rahmat dan ~ Allah;
~ cemas
pertolongan yang mula-mula dilakukan bagi merawat seseorang yang mendapat kecederaan (akibat kemalangan dan sebagainya);

penolong
1. orang yang menolong (membantu), pembantu:
guru ~ ;
~ pengarah;

2. alat dan lain-lain untuk menolong.

tolol

[bahasa percakapan] bodoh sangat, bebal;
si ~ orang yang sangat bodoh;

ketololan kebodohan, kebebalan.

tolok III

sejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.

tolok I

bandingan, imbangan (yang sama), tara:
tidak ada ~ bandingnya;
alat ~
sejenis alat untuk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin, dan lain-lain);
~ hujan alat yang digunakan untuk mengukur banyaknya air hujan;
~ Sulaiman [sastera lama] sejenis azimat;
~ tekanan alat untuk menguji atau mengukur tekanan sesuatu, misalnya stim;

setolok sama tingkatnya (kedudukannya dan lain-lain), sebanding, seimbang, setara;
tiada ~ (dengan) tidak sebanding (dengan), tidak seimbang (setara) dengan;
kunci ~ anak kunci yang sesuai dengan berbagai-bagai kunci (mangga);

bertolok berbanding, berimbang;
tidak ~ tidak ada yang menyamainya, tiada samanya, tiada dua;

menolok menyamakan (ukuran, timbangan) dengan ukuran (timbangan) yang sebenarnya;

penolok
1. imbangan, yang sama;

2. ukuran yang dipakai sebagai piawai.

toleransi

sifat (sikap) toleran:
ada ~ antara berbagai-bagai keturunan penduduk Malaysia;

bertoleransi mempunyai atau menunjukkan toleransi:
Islam telah menyediakan garis panduan yang jelas untuk membina suatu masyarakat yang bersatu padu, ~ dan maju;
kerajaan tidak akan ~ lagi jika masih ada pihak yang cuba mewujudkan kawasan setinggan baru.

toleran

sedia menghormati atau menerima pendapat (pendirian dan sebagainya) orang lain yang berbeza daripada pendirian (pendapat dan sebagainya) sendiri:
orang Melayu sangat ~ .