topekong.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tokong IV
1. [bahasa percakapan] topekong;
2. rumah topekong.
tokong III
[Minangkabau] jendul, tonjol.
tokong II
pulau kecil yang terdiri daripada batu karang (tidak ada tumbuh-tumbuhan);
~ pulau gugusan pulau-pulau kecil.
tokong I
1. tidak ada ekornya (ayam dan lain-lain);
2. terkerat rambutnya (orang perempuan sebagai satu hukuman);
3. memakai rambut pendek (orang perempuan).
tokol
[Kelantan] ketul atau buku besar;
tongkol.
tokok tambah
tambahan (yang sedikit-sedikit);
bertokok tambah bertambah-tambah;
menokok tambah menambah-nambah;
penokoktambahan perihal atau perbuatan menokok tambah:
disebabkan kekurangan yang berlaku, maka terjadilah aktiviti ~.
tokok II
= penokok alat menukul paku dan lain-lain, martil, penukul, tukul;
menokok memalu, memukul, mengetuk, menukul;
~ gamelan memalu gamelan;
~ kawat [Indonesia] berkirim telegram;
tokok-menokok
1. ketuk-mengetuk, pukul-memukul;
2. [kiasan] saling mencela (salah-menyalahkan dan sebagainya).
tokok I
tambahan sedikit (sewaktu menimbang, mengukur, dan lain-lain);
bertokok mendapat imbuh, ada ekstra, bertambah:
ia menghidap penyakit demam malaria dan ~ pula dengan sakit perut;
~ pula bertambah pula, tambahan pula;
menokok memberi tokok, menambah, mengimbuh:
ia ada wang untuk ~ kekurangan itu;
~ pengetahuan menambah pengetahuan;
tokokan sesuatu yang ditokok, tambahan, imbuhan;
penokokan perihal menokok, penambahan, pengimbuhan;
penokok orang yang menokok, penambah, pengimbuh.
tokoh II
kecoh, tipu;
kena ~ kena kecoh (tipu), tertipu;
menokoh mempermainkan, memperolok-olokkan, mengecoh, menipu:
si pandai ~ si bingung;
penokoh orang yang suka mempermain-mainkan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu.