tomoi

sejenis tinju di kalangan masyarakat Siam yang peninjunya boleh menggunakan kaki untuk menendang lawan.

tomografi

sejenis radiografi atau teknik yang digunakan untuk menghasilkan gambar foto X-ray keratan satah tertentu tubuh manusia atau objek lain.

tombong I

sombong;
bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi (peribahasa) perihal orang yang bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dalam kehinaan dan kemelaratan.

tombol I

1. benjol, bincul, tonjol (pada kulit orang, binatang, kayu), tonjol pada gong dan lain-lain:
di sisi tulang belikat ada suatu ~ ;

2. pemutar atau pembuka (pada mesin, pintu, dan lain-lain);
~ pintu pemutar atau pemegang untuk membuka pintu.

tombok

[Jakarta]
1. terpaksa menambah wang (kerana kekurangan dan lain-lain);

2. wang yang ditambahkan (kerana kekurangan dan lain-lain);

3. wang upah kepada penari perempuan (tandak) ketika mengebeng.