[sastera lama] hari ketiga sesudah esok, tubin.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tonggeng I
I;
menonggeng
1. membongkok dengan kepala ke bawah dan punggung ke atas;
2. tenggelam dengan buritan ke atas (perahu, dan lain-lain) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas;
3. menjunam (kapal terbang dan lain-lain);
4. tertiarap (gelas dan lain-lain);
menonggengkan
1. menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dan lain-lain) sesuatu hingga menonggeng;
2. menjunamkan;
3. [kiasan] menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dan lain-lain);
tertonggeng (jatuh, terlepas, dan lain-lain) menonggeng (gelas, periuk, dan lain-lain);
~ bagai kodok dalam lubang (peribahasa) perihal orang miskin dalam kesusahan.
tonggek
1. tonggeng;
2. tidak lurus punggungnya apabila berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan);
tunggang-~ tunggang balik;
menonggek menonggeng;
menonggekkan menonggengkan, menjungkirkan (kepala ke bawah dan kaki atau ekor ke atas):
ia ~ punggungnya ke muka kipas;
tertonggek jatuh terjungkir.
tonggan
[Kelantan] dapur yang dibuat dengan mengorek tanah (untuk kawah atau periuk besar).
tonggak III
[Perak] dongak.
tonggak II
menonggak menuangkan air dan lain-lain ke mulut dari cerek (kendi dan lain-lain), menuangkan ubat dan lain-lain ke mulut.
tonggak I
1. kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dan lain-lain), pal;
2. tiang rumah (jambatan dan lain-lain);
3. ukuran jauh yang bersamaan dengan 4901 kaki atau 1500 meter, pal;
4. pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yang sudah ditebang atau yang ada dalam air dan lain-lain;
5. [kiasan] orang yang tidak suka bercakap, orang yang sangat pendiam;
6. [kiasan] asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dan lain-lain):
agama Islam sebagai ~ masyarakat;
tawakal adalah ~ kepercayaan kita;
~ gantung tiang rumah yang hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke tanah);
~ tua tiang rumah yang mula-mula didirikan;
bagai mengatai ~ (peribahasa) perihal memberi nasihat kepada orang yang hanya diam sahaja.
tong III
[Jakarta] [kependekan] entong (panggilan kepada anak lelaki).
tong II
bunyi seperti bunyi kelentongan;
tong-tong.
tong I
1. tempat (air, padi, dan lain-lain) yang dibuat daripada papan kayu bulat torak bentuknya, tahang;
2. tin atau kaleng yang besar (tempat mengisi minyak dan lain-lain);
~ sampah tempat membuang sampah;
~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring (peribahasa) orang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya;
adakah air yang penuh dalam ~ itu berkocak, melainkan air yang setengah ~ itu juga yang berkocak (peribahasa) orang yang tidak berilmu juga yang banyak cakapnya;
bertong-tong beberapa banyak tong:
mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah untuk menghadapi musim kemarau.