tubi

bertubi-tubi bertalu-talu, berturut-turut, berulang-ulang, berlanjutan (tembakan, pukulan, dan lain-lain):
tiba-tiba terdengar bunyi tembakan ~;
ditamparnya muka budak itu ~;

menubikan membuat sesuatu dengan berulang-ulang (bersungguh-sungguh dan lain-lain):
Karim ~ pertanyaannya tadi;

mempertubi-tubi, mempertubikan, mempertubi-tubikan memperhebat berkali-kali (terus-menerus dan lain-lain):
dipertubi-tubikan tikaman itu tiada juga kena;

tuber

(Biologi) batang bawah tanah atau akar cabang yang membengkak kerana berisi makanan simpanan, misalnya ubi kentang.

tuban-tuban

selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni;
air ~ air yang keluar lebih dahulu daripada bayi;

ketuban, tentuban, tetuban.

tuba II

~ benar = akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Derris elliptica;
~ buah
sejenis tumbuhan (pokok), Diospyros wallichii;
~ seluang (seludang)
sejenis tumbuhan (herba), johong beralih, pancis-pancis, Polyangonum barbatum.

tuba I

sejenis racun ikan (dibuat daripada bermacam-macam jenis akar yang beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya:
~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dan lain-lain;
~ tikus racun pembunuh tikus, berangan;
memecah ~ menyiarkan khabar hingga mencemaskan orang;
~ binasa ikan tak dapat (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia atau merugikan;
bagai (seperti) ikan kena ~ (peribahasa) tidak berdaya lagi;

menuba
1. meracuni (ikan) dengan tuba:
mereka pergi ~ ikan di sungai;

2. menyakiti, menyeksa (hati, jiwa, dan lain-lain):
dia menangis dengan hati yang dituba oleh perasaan cemburu;

penubaan perihal atau perbuatan menuba:
~ ikan di sungai mestilah dibendung dengan segera;

penuba orang yang menuba:
masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu.

tuau

1. = akar patut ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora;

2. = akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, lana, rumput meliau, Thunbergia laurifolia.