[bahasa percakapan] tuan itu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tuanku
tuan yang mulia (dalam percakapan dengan raja):
tersebutlah konon sebuah negeri bernama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa;
baiklah ~ tiada lama patik pergi;
~ laras [Minangkabau] kepala daerah.
tuang-tuang
1. sejenis suling daripada buluh yang ditiup untuk memberi alamat dan lain-lain;
2. [arkaik] corong pembesar suara;
= tetuang.
tuangku
[arkaik] tuanku, tengku;
~ kubur ahli kubur (orang-orang yang telah meninggal dunia);
tuanku.
tuang II
[bahasa percakapan] tidak datang belajar, kerja dan sebagainya (tanpa mendapat izin guru dan sebagainya), ponteng:
beberapa orang sahaja yang datang tetap ke kelas malam, yang lainnya selalu ~.
tuang I
besi ~ besi yang dibuat daripada besi yang dicairkan dengan menggunakan acuan, besi cetak;
pindah ~ (darah) [Indonesia] pemindahan darah, transfusi darah;
bertuang (yang) dicetak (daripada besi yang dicairkan):
tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik;
menuang
1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dalam bekas:
Mahat duduk dan ~ kopi ke dalam cawan;
2. melebur (logam) dengan memanaskannya:
~ bijih timah;
3. mencetak leburan besi dan lain-lain ke dalam acuan (untuk membentuk sesuatu):
tembaga yang sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang;
adat diisi, lembaga dituang (peribahasa) dilakukan menurut aturan yang biasa;
menuangi
1. menuang (air, minyak, dan lain-lain) ke, mengisi (cawan dan lain-lain) dengan barang cair (minuman dan lain-lain):
menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta;
ia ~ gelasnya sendiri dan meneguknya dengan lahap;
2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan):
di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dengan kata-kata bahawa komunis yang menjadi pokok kekacauan;
menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dalam bekas atau acuan:
kami pun ~ minuman keras itu ke dalam gelas masing-masing dan mula minum;
selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dalam acuan yang berbentuk bata;
tuangan
1. (sesuatu) yang dituang;
besi ~ besi tuang, besi cetak;
2. cetakan, acuan:
pendeknya sungguh cantik ~nya;
penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan);
ketuangan hari ~ Ruhulkudus [Indonesia] hari untuk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian).
tuan
1. orang tempat menghambakan diri:
orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yang menjadi ~ kepada hamba abdi daripada bangsa Negro;
~ hamba [sastera lama] tuan;
2.
a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dan lain-lain):
jika kereta yang dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa;
b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dan lain-lain);
~ kebun pengusaha (pengurus) kebun;
3. orang laki-laki (yang dihormati):
~ yang datang semalam datang lagi pagi tadi;
sepeda ~ [Indonesia] basikal untuk orang laki-laki;
4.
a) panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati:
~ doktor;
~ hakim;
T~ Syed Nasir;
b) [sastera lama] panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan:
~ puteri;
mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan;
5. kata ganti yang halus bagi orang laki-laki atau perempuan yang dilawan bercakap (engkau atau awak yang lebih halus):
~ sendiri sudah tahu asal saya dari Kampung Balimbing;
6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah:
~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi;
~ besar
a) ketua perusahaan (ladang dan lain-lain);
b) [Indonesia] [arkaik] Gabenor Jeneral;
~ kecil
a) = ~ muda anak sulung laki-laki dalam sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah;
b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dan lain-lain);
~ rumah
a) orang yang memiliki rumah, ketua rumah (keluarga);
b) orang yang meraikan tetamu (biasanya pada majlis yang diadakan di rumahnya atau yang dianjurkannya);
~ tamu ark tuan rumah;
~ tanah pemilik tanah;
tuan-tuan
1. orang laki-laki (sekalian yang hadir):
~ yang dihormati, silalah duduk;
2. [sastera lama] orang bangsawan, ningrat:
maka ~ itu pun nak ke darat dengan segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang;
anak ~ anak raja-raja;
bertuan
1. ada tuannya (pemiliknya), mempunyai penguasa:
semua tanah yang dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan;
2. bertindak (bersikap) sebagai tuan:
semenjak kematian bapanya dia ~ di sini;
3. memanggil atau menyebut tuan (kepada):
janganlah ~ lagi kepada saya, panggillah saya abang sahaja;
bertuankan
1. mempunyai sebagai tuan, berketuakan:
kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dari segi teknologi bahkan juga dari segi pengurusan;
2. menghamba kepada, menganggap sebagai tuan kepada:
pada bicara dindatiada mahu dinda ~ lain daripada Yang Dipertuan;
janganlah kita ~ anak raja seorang ini;
menuani menguasai, memiliki;
menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpada orang yang dilawan bercakap):
Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak;
mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan:
yang mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan;
Yang Dipertuan (gelaran kepada) raja atau sultan yang memerintah;
~ Besar;
bangsa ~ bangsa yang menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada bangsa lain;
hak ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri);
mempertuani [arkaik] menguasai;
tuanan bangsawan, ningrat;
anak ~ anak tuan-tuan;
ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dan lain-lain), kedaulatan:
untuk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak;
ketuan-tuanan seperti seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dan lain-lain):
Saya pegawai Kerajaan, Encik Ramli berkata ~;
pertuanan
1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat:
tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiringkan oleh segala pegawai dan ~;
Dewan P~ dewan yang dianggotai oleh orang bangsawan dalam parlimen Inggeris;
2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dan lain-lain):
dengan itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf;
3. = hak ~ kedaulatan.
tuam
barang panas (abu hangat yang dibungkus dalam kain, air panas dalam botol, dan lain-lain) yang ditekankan pada bahagian tubuh yang sakit, demah;
bertuam memanaskan bahagian tubuh yang sakit dengan tuam, berdemah;
menuam, menuami
1. menekankan (melekapkan) tuam pada, mengurut (memanaskan) bahagian tubuh yang sakit dengan tuam, mendemah;
2. mengacukan (membidikkan) senapang dan lain-lain:
seorang askar sedang ~ muncung senapang ke arah perutnya;
tuaman hasil menuam:
~ air suam pada bahagian yang sengal boleh membantu meringankan kesakitan;
penuaman proses atau perbuatan menuam untuk mengurangkan radang atau rasa sakit.
tualang II
sejenis tumbuhan (pokok), sialang, Koompassia excelsa.
tualang I
1. berterbangan ke sana sini (lebah dan lain-lain);
2. tidak bertempat tinggal yang tetap (pengembara, pengemis, dan lain-lain);
3. = orang ~ orang yang sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara;
bertualang
1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran:
dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yang ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal;
2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau:
dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi;
3. melakukan sesuatu dengan nekad (curang, haram, dan lain-lain):
banyak kawannya yang suka ~, berdagang dan sebagainya;
petualangan
1. perihal bertualang:
semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya;
2. perbuatan nekad (tidak jujur dan lain-lain);
berpetualangan menjadi petualang:
mengapa mesti ~? kembalilah bersama anak isteri;
petualang
1. orang yang bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dan lain-lain);
2. orang yang melakukan sesuatu dengan nekad (curang dan lain-lain) untuk kepentingannya sendiri:
kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yang cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan;
3. orang yang suka melakukan perkara-perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman.