tuala

1. = ~ makan kain kecil untuk membersihkan tangan (mulut) selepas makan dan lain-lain, serbet;

2. = ~ mandi sejenis kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk;
~ wanita sejenis cawat (yang lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yang dipakai semasa datang haid atau nifas;

bertuala
1. mempunyai atau ada tuala;

2. memakai tuala:
ketika itu dia hanya ~ mandi.

tual I

batang kayu (balak) yang pendek:
kayu ini kemudian dikerat menjadi beberapa ~;

bertual ditual:
batang getah yang telah ditebang itu kelihatan masih belum ~;

bertual-tual berpotong-potong (batang kayu, balak), berkerat-kerat:
dia sedang memasukkan kayu yang sudah dipotong ~ ke dalam lori;

menual memotong (batang kayu dan lain-lain) menjadi pendek-pendek.

tuak II

tahan ~ duduk dengan tidak sopan yang menyebabkan kain terselak lalu menampakkan betis atau paha.

tuak I

sejenis minuman keras yang dibuat daripada nira (kelapa, enau, dan lain-lain);
kaki ~ orang yang kuat minum tuak;
mabuk ~ mabuk kerana minum tuak;
~ keras tuak yang mudah memabukkan;
~ manis tuak yang tidak keras (tidak mudah memabukkan);
~ terbeli, tunjang hilang (peribahasa), [Minangkabau] ditimpa kecelakaan (kekecewaan, kesusahan).

tuai I

pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani;

bertuai (telah) dipotong dengan tuai:
masih banyak lagi padi yang belum ~;

menuai memotong padi dengan tuai, mengetam (padi):
petani-petani di sini menanam padi dalam bulan Oktober dan ~ atau mengetamnya dalam bulan Februari;
bagaimana ditanam, begitulah dituai
(peribahasa) tiap-tiap perbuatan akan mendapat balasan yang wajar;

tuaian yang dituai, hasil menuai:
kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama;

penuaian perihal menuai, pengetaman:
~ padi musim ini sudah dimulakan;

penuai
1. alat untuk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin;

2. orang yang menuai.

tuah

1. untung (yang berlebihan), bahagia:
ia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri;
di tengah-tengah hidup yang malang kami dilimpahi ~;
mengadu ~
mengadu untung (berserah kepada nasib);
menolak ~ melepaskan peluang baik;
untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal);

2. pengaruh (kuasa) yang membawa keuntungan (kebahagiaan dan lain-lain), keramat, sakti:
tangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yang besar;

3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dan lain-lain);
~ badan untung diri seseorang;
~ berma [Brunei] tanda merah pada bayi ketika dilahirkan;
~ periuk [Brunei] tompok-tompok biru tua pada bayi ketika dilahirkan;
~ anjing celaka kuda (peribahasa) sesuatu yang menjadi kebahagiaan pada seseorang mungkin menjadi kecelakaan pada orang lain;
~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? (peribahasa) tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu;
~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat (peribahasa) kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu);
~ melambung tinggi, celaka menimpa badan (peribahasa) orang yang ditimpa oleh kesusahan besar;
~ sebesar bukit, celaka menimpa badan (peribahasa) orang yang pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu penghidupannya menjadi susah;
menghijau ~, najis keluar (peribahasa) kerana hendakkan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan;
tiada tertikam ~ oleh berani (peribahasa) orang yang bertuah itu tidak dapat dialahkan dengan keberanian;

bertuah
1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung:
ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah;

2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti:
ayamnya sangat ~, tiada orang yang berani melawan ayamnya itu;
keris ~
keris sakti;

3. [arkaik] ketulahan, terpesona;
hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai (peribahasa) jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani;
sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi (peribahasa) sudah mendapat yang lebih baik yang kurang baik ditinggalkan;

menuahi
1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dan lain-lain), memberkati;

2. mengatakan bertuah;

menuahkan
1. menghebah-hebahkan (mencerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang;

2. = ~ menjadi... menentukan dan lain-lain menjadi…;

ketuahan
1. memperoleh tuah;

2. kesaktian (keris dan lain-lain), keunggulan (kemuliaan dan lain-lain).

tua I

1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur:
ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun;
anak dara ~
anak dara yang agak lanjut umurnya;
bujang ~ teruna yang agak lanjut umurnya;
hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut;
orang ~
a) orang yang sudah lanjut usianya;
b) ayah;
c) ibu bapa;
d) kepala keluarga;
orang ~-~ orang yang dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya;

2. lebih umur (daripada):
ia ~ tiga tahun daripada adiknya;
kakak ~
kakak sulung;
mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yang tua sekali;
pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yang tua sekali;
saudara ~ saudara yang umurnya lebih daripada umur kita;

3. sudah lama (lawan baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno:
saya sudah ~ di dalam kesatuan ini;
Bandar Melaka sebuah bandar yang ~;
barang-barang ~
lama (sudah dipakai);
besi ~
a) besi yang sudah lama (sisa barang-barang;
b) besi yang mempunyai tuah atau khasiat;
faham ~ faham lama (lawan faham baru atau moden);
harta ~ harta pusaka (warisan);

4. = tua-tua [kiasan] kepala, pemimpin, penghulu (orang yang tua yang dianggap berpengetahuan dan berpengalaman):
~ kampung ini menjalankan undang-undang adat sebagai seorang pengadil mahkamah;
~ dagang
[Indonesia] kepala pedagang;
~ kampung penghulu kampung;
~ rumah kepala keluarga (isi rumah);

5. [kiasan] sudah larut (malam):
malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi;

6. bertuah, berkhasiat (berkenaan (dengan) senjata lama dan lain-lain):
wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang;

7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dan lain-lain):
jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~ ;

8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dan lain-lain):
biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan ikan ke dalam kuali;

9. agak kehitam-hitaman (lawan cerah), pekat (warna):
biru ~ ;
merah ~ ;
warna ~
warna yang tidak cerah;

10. baik mutunya, hampir tulen (emas):
emas ~;
~ bangka
= ~ bengkok [bahasa kasar] (orang yang) sangat tua (tetapi buruk perangainya);
~ cendawan orang yang berumur tetapi tidak bijak;
~ ganyut sangat tua;
~ kejemur [Jakarta], [bahasa kasar] (orang yang) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk);
~ keladi
a) orang yang tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dan lain-lain);
b) [Kelantan] orang tua yang mempunyai banyak anak;
~ kotai (orang yang) sangat tua;
~ kutuk [bahasa kasar] = ~ lara orang tua yang buruk perangainya;
~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yang) sangat tua dan lemah;
~ nipah [Kelantan] (orang yang) tua dan bodoh;
~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yang bukan-bukan;
~ teberau [Kelantan] (orang yang) sangat tua dan lemah otaknya;
~ tebu (orang yang) semakin tua semakin cergas;
bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ (peribahasa) sudah terlambat;
berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema (peribahasa) orangyang terlalu marah yang hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani memukul dan lain-lain);
sudah ~ dari kakak, sudah cerdik dari mamak (peribahasa) anak muda yang takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dengan keluarganya dalam sesuatu pekerjaan);
orang ~ diajar makan pisang (peribahasa) sia-sia mengajar orang yang sudah pandai;

tua-tua
1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dan lain-lain):
siapa nama ~ mereka?;

2.= tetua bintik-bintik hitam pada muka atau pipi;

3. sungguhpun sudah tua, tetapi…:
~ masih sihat;
~ keladi
= ~ kelapa makin tua makin baik;

bertua-tua [Minangkabau]

1. = bertua-tuaan mengikut umur (yang tua dahulu, yang muda kemudian);

2. bersuami isteri sampai tua;

menua menjadi tua:
hanya ada pada orang-orang yang telah ~;

menuakan
1. menjadikan tua:
~ buah di pokok;
~ diri;
~ emas;
~ warna;

2. mengepalai, memimpin;

3. memilih (mengangkat, melantik) sebagai tua-tua (kepala dan lain-lain);

4. menyifatkan (memandang) lebih tua (daripada), mengakui sebagai orang tua (yang perlu dihormati dan sebagainya):
yang tua kita tuakan, yang muda pula haruslah mengalah;

5. mengahwinkan;

tertua
1. yang paling tua:
bentuk puisi bertulis yang ~ sekali dalam bahasa Melayu terdapat pada batu nisan yang dijumpai di Minye Tujuh, Acheh;

2. lebih tua (berumur):
Abdul Rahim ~ dua tahun daripada Amin;

pengetua
1. tua-tua (pemimpin, kepala, dan lain-lain):
hambalah ~nya sekalian mereka itu;
~ Maktab Perguruan;

2. [Minangkabau] penghulu yang paling tua;

ketua pemimpin, kepala;

ketuaan
1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya);

2. perihal tua (sudah berumur):
tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh;

ketua-tuaan seperti seorang tua-tua (ketua):
dia bercakap dengan gaya ~ menasihati mereka;

penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.