[arkaik] tugal.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tugal
batang kayu dan lain-lain yang tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanami (padi dan lain-lain);
padi ~ padi yang ditanam di tanah kering, padi huma;
menugal membuat lubang dengan tugal di ladang dan lain-lain (untuk menanam padi, jagung, dan lain-lain):
setelah siap membakar kira-kira dua minggu mulailah~;
asal ditugal adalah benih (peribahasa) sesuatu usahaitu tentu ada hasilnya;
menugalkan menanamkan benih padi (jagung dan lain-lain) dengan menggunakan tugal:
demikian cara orang ~ bibit padi ladang;
tugalan = padi ~ padi yang ditanam dengan cara menugal;
= tukai.
tufah
[Arab] = buah ~ buah epal.
tudung III
~ roman sejenis tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium.
tudung II
~ periuk = ~ tempayan sejenis ikan laut, Platacidae.
tudung I
sesuatu yang digunakan untuk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dan lain-lain), tutup, penutup:
maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka;
kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang;
tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang;
~ belanga penutup belanga;
~ kepala
a) penutup kepala (songkok, topi, dan lain-lain);
b) = ~ muka kain selubung (untuk menutup kepala atau muka);
~ lampu penutup lampu, terendak lampu;
~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan);
~ meja kain alas meja;
~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan;
~ saji = ~ hidang = ~ sarang [kata seru] = ~ tapak penutup makanan (daripada pandan dan lain-lain) supaya jangan dihinggapi lalat;
bertudung memakai tudung, bertutup dengan tudung:
gadis-gadis itu ~ lingkup dengan kain berwarna pinang masak;
bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sebagai tudung:
wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi untuk menyelamatkan diri dari rumah yang sedang terbakar itu;
menudung menutup dengan tudung, memberi bertudung:
dia ~ mukanya dengan tangannya;
keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dengan tetampan;
menudungi menjadi sebagai tudung pada, menutupi;
menudungkan menutupkan sesuatu sebagai tudung:
kain itu ditudungkan pada mukanya;
tertudung tertutup dengan tudung:
mukanya tidak kelihatan kerana ~ dengan kain;
penudungan perihal menudung (menudungkan);
penudung sesuatu yang dipakai untuk menudung (menudungi), penutup.
tuduh
menuduh
1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dan lain-lain):
kitalah yang berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yang bukan-bukan;
2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, mendakwa:
beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan untuk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan;
tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain):
mereka ~ sesama sendiri;
menuduhkan melemparkan dakwaan kepada, mendakwakan:
beliau telah menyangkal keras segala yang dituduhkan kepadanya itu;
tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa:
dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dalam masa negeri kita diduduki oleh Jepun;
yang ~ orang yang dituduh (didakwa);
tuduhan hasil menuduh, hal yang dituduhkan, dakwaan:
fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan;
pertuduhan kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah:
beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah;
mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim;
penuduh orang yang menuduh, pendakwa.
TUDM
[kependekan] Tentera Udara Diraja Malaysia.
tuding II
[Jawa] tunjuk, penunjuk;
tuding I
1. tidak mendatar atau lurus tegak (menikam, menombak, dan lain-lain), senget ke bawah, condong, miring;
2. meruncing dan tajam, lancip (bentuk mata pisau, mata pedang, dan lain-lain);
tubing I.