tuduh

menuduh
1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dan lain-lain):
kitalah yang berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yang bukan-bukan;

2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, mendakwa:
beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan untuk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan;

tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain):
mereka ~ sesama sendiri;

menuduhkan melemparkan dakwaan kepada, mendakwakan:
beliau telah menyangkal keras segala yang dituduhkan kepadanya itu;

tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa:
dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dalam masa negeri kita diduduki oleh Jepun;
yang ~
orang yang dituduh (didakwa);

tuduhan hasil menuduh, hal yang dituduhkan, dakwaan:
fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan;

pertuduhan kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah:
beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah;
mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim;

penuduh orang yang menuduh, pendakwa.

berkongsi