ikan ~ sejenis ikan darat, terbul, terbui, Osteochilus hasselti.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tubuh
1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yang kelihatan (terdiri daripada kepala, badan dan anggota):
makanan yang banyak mengandungi zat perlu untuk membina dan menjaga kesihatan ~;
direbahkan ~nya;
bekas ~ pakaian yang sudah dipakai;
2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota):
peluru itu kena ~nya terus ke jantung;
berpeluk (memeluk) ~ ;
batang ~
a) = tubuh badan keseluruhan jasad;
b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota);
c) diri (sendiri);
3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi;
tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dan lain-lain);
4. bahagian sesuatu yang terpenting, awak:
~ perahu;
~ kapal terbang;
5. [arkaik] = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda;
~ halus roh, jiwa (lw jasad);
~ kasar jasad;
tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri (peribahasa) membuang kehidupan yang senang-lenang;
setubuh
1. satu badan, sebadan;
2. [arkaik] secocok, sejodoh benar, seia sekata;
3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama;
bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran;
menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dengan, menjimak, meniduri;
bertubuh [bahasa percakapan] berbadan sihat, gemuk, tambun:
anak dia itu ~ benar;
menubuhkan
1. mendirikan (persatuan dan lain-lain), membentuk (jawatankuasa, badan, dan lain-lain):
beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pada tahun hadapan;
2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dengan):
bagi keperluan mereka yang tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil;
tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dan lain-lain), terwujud, terbentuk:
dengan ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan untuk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kepada rakyat bumiputera;
pertubuhan badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan:
P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yang bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia;
~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yang bergiat dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya dengan matlamat dan fungsinya yang tertentu;
~ sukarela pertubuhan yang diwujudkan dengan kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya untuk berkhidmat kepada masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau untuk memperoleh keuntungan dan sebagainya);
penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dan lain-lain):
~ syarikat ini memberi peluang kepada orang Melayu untuk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini.
tub-tub
[bahasa percakapan] tiba-tiba, sekonyong-konyong.
tubruk
[Indonesia]
1. lompatan untuk menerkam (menangkap dan lain-lain), terpa;
2. langgar, tabrak, tumbuk;
main ~ [bahasa percakapan] menangkap (menuduh, menerka, dan lain-lain) dengan membabi buta;
tabrak-~ berbagai-bagai jenis pelanggaran kereta dan lain-lain;
bertubrukan
1. saling berlanggar, berlanggaran;
2. [kiasan] tidak secocok, saling bertentangan;
menubruk
1. melompat untuk menangkap (menerkam dan lain-lain), menerpa:
ditubruknya orang tua yang sudah lama dirinduinya itu;
2. melanggar, menumbuk:
perahu motor kami hampir terbalik kerana ~ pulau karang yang rendah;
3. [bahasa percakapan] menangkap (pencuri), memberkas:
kepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis;
tertubruk, ketubruk [Jakarta] terlanggar (oleh kereta dan lain-lain), tertumbuk;
tubrukan
1. pelanggaran (kereta dan lain-lain), langgaran, tumbukan;
2. = bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan:
mobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng.
tubir
1. tebing (jurang dan lain-lain) yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dan lain-lain) yang dalam:
~ lurah;
~ sungai;
2. tepi sesuatu:
ia meletakkan punggungnya di ~ ambin;
~ tayar kereta;
3. tempat yang paling dalam (di laut dan lain-lain);
4. hampir dengan tepi sesuatu yang dalam:
duduk terlalu ~ ke pinggir jurang;
5. [kiasan] hampir kepada bahaya (maut dan lain-lain).
tubing II
ikan panggang (dihidangkan dengan bawang dan sambal).
tubing I
= menubing miring ke bawah:
topinya yang ~ ke depan itu dinaikkannya sedikit untuk menampakkan dahinya;
tuding I.
tubin III
[Perak] nyanyuk, bingung, mamang:
ayah saya sudah ~ .
tubin II
sejenis lukah untuk menangkap ikan;
terubin.
tubin I
[sastera lama] hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng.