belakang I

1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yang dianggap sebagai lawan hadapan:
orang itu kena tikam di ~nya dengan pisau;
~ parang

a) bahagian yang tidak tajam (lawan mata);
b) [Kelantan] orang yang bodoh;
~ tangan lawan telapak tangan;

2. tempat (arah) yang berlawanan dari hadapan:
surut ke ~;

3. (pada) masa yang terkemudian (terakhir):
ia yang datang paling ~;
bayarannya ~ kira;
~ hari
kemudian hari (kelak);
~ kapal buritan;
~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam (peribahasa) biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga;
balik ~ lain bicara (peribahasa) kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dan lain-lain kawan);

di belakang
1. di tempat (arah) yang berlawanan dari hadapan:
rumahnya ~ rumah saya;
ia berdiri ~ pintu;

2. kemudian, kelak, sesudah(nya):
kesusahan hitung ~;
akan menyusul suratku ~;
~ mata
(bila orang) tidak melihat, dengan tidak dilihat orang;

ke belakang
1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dan lain-lain):
menoleh ~;

2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dan lain-lain):
ia minta diri pergi ~ untuk menjemput isterinya;

3. [bahasa halus] buang air besar atau kecil:
saya hendak ~ sekejap;

mengebelakangkan
1. menempatkan ke belakang, memundurkan:
jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya;

2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dan lain-lain):
apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan;

terkebelakang, terbelakang
1. ketinggalan, tercicir, kurang maju:
aku hendak meninggikan taraf orang kampung yang sangat ~ itu;

2. terakhir, terkemudian:
berita yang ~ diterima hari ini;

berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dan lain-lain), lawan berhadap-hadapan:
mereka berdiri ~ mempertahankan diri;
rumah teres itu ~;

membelakang
1. dengan belakang ke (duduk, berdiri, dan lain-lain):
ia duduk ~ ke pintu;

2. berada (tinggal) di belakang:
jangan kamu ~ saja;

membelakangi
1. mengarahkan belakang kepada, lawan menghadapi:
Tahir duduk ~ teman-temannya dalam bilik itu;

2. mensia-siakan, tidak menghiraukan:
walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan;

belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kepada yang lainnya:
Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;

membelakangkan
1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lawan mendahulukan:
saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan;

2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan:
mereka ~ janji;

belakangan
1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini:
pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya;

2. kesudahannya, akhirnya, kemudian:
mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku;

3. [Jakarta] (lebih) belakang:
siapa yang datang ~ tidak mendapat apa-apa;

keterbelakangan perihal terbelakang:
Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sebagai ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia;

pembelakangan
1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan;

2. [Minangkabau] belakang.

berkongsi