1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat;
2. rumah (gedung, bangunan) dalam lingkungan istana;
~ adat rumah tempat dilakukan upacara adat;
~ agung
a) = ~ kota gedung tempat pentadbiran bandaran;
b) = ~ besar rumah besar tempat menghadap raja;
~ angin = ~ bayu = ~ peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin);
~ angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja;
~ apit = ~ tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan);
~ astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara;
~ bendul = ~ mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja;
~ berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain);
~ bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol);
~ bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alat-alat memadamkan api ditempatkan;
~ buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri;
~ cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya;
~ dagang [Indonesia] [arkaik] pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara);
~ derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja;
~ desa [Indonesia] balai raya;
~ gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana;
~ gambang = ~ kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi;
~ gendang rumah tempat tabuh masjid;
~ kecil balai menghadap yang kecil;
~ kembang = ~ sari balai dalam taman;
~ kesihatan = ~ pengubatan [Indonesia] klinik;
~ ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dari kapal terbang (kapal dan lain-lain);
~ larangan rumah di istana tempat puteri-puteri;
~ lelang [Indonesia] rumah tempat melelong barang;
~ limas balai yang atapnya berbentuk piramid;
~ lintang = ~ melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana;
~ luar tempat rakyat menunggu di luar istana;
~ madat rumah tempat berkawal;
~ menghadap = ~ penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja;
~ pancalogam [sastera lama] balai yang dibuat daripada marmar;
~ pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja);
~ (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau);
~ perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dalam istana kurang kerana upacara besar);
~ perguruan tinggi [Indonesia] [arkaik] universiti;
~ pertemuan [Indonesia] rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain;
~ paseban = ~ pistaka balai besar;
~ polis bangunan tempat polis bertugas;
~ raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat;
~ rendah [Indonesia] (gedung) dewan rakyat;
~ serong balai yang letaknya serong dari istana;
~ surung anjung pada rumah yang berbumbung lima;
~ tinggi [Indonesia] (gedung) dewan negara;
balai-balai
1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain);
2. [Jawa] bebalai.