babas

membabaskan membawa, menghanyuntukan, menyeret:
keinginan untuk bebas kadang-kadang dapat ~ orang kepada keliaran;

terbabas
1. tidak sengaja menyimpang daripada jalan atau matlamat yang dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dan sebagainya yang dipandu):
perahu itu ~ terlalu jauh ke barat;
keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik;

2. salah arah, menyimpang daripada atau tidak mengenai matlamat:
jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~;

3. [kiasan] menyimpang daripada kebiasaan (tujuan asal dan sebagainya):
dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan.

berkongsi