ros

= bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok renek dan bunganya), bunga mawar, Rosa spp.

ropol

kelim yang berkedut-kedut (pada bantal, baju, dan lain-lain);

beropol mempunyai ropol:
renda ~;

beropol-ropol mempunyai ropol yang banyak:
kain kuning yang ~;

= rapun II.

ronyok

berkerut-kerut, kumal, renyuk:
kainku habis ~;

meronyokkan mengumalkan (kain, kertas, dan lain-lain):
ia mengambil semula kertas-kertas yang sudah dironyokkannya itu;

renyuk.

ronyoh

meronyoh
1. meradak, menohok:
aku ~mu dengan keris ini nanti;

2. [bahasa kasar] menolak (orang).

ronyeh II

[Kedah];
meronyeh, meronyeh-ronyeh
merosak-rosakkan (kertas, bunga, dan lain-lain kerana marah dan lain-lain), mengumalkan:
buku itu dironyeh-ronyehnya sebelum dibuang.

ronyeh I

meronyeh berkata-kata atau bercakap-cakap dengan tidak menentu (tidak keruan), bercakap-cakap tidak jelas (orang tua), merepek:
gadis-gadis pun suka ~ dan bersenda gurau;

= renyeh.

rontok

[Jakarta]

1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dan lain-lain), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dan lain-lain);
musim ~ musim gugur (antara musim panas dan musim dingin);
penyakit ~ rambut penyakit yang menyebabkan luruhnya rambut;

2. [kiasan] semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dan lain-lain), semakin lemah:
semangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yang semakin lama semakin besar;

merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan.