rosot

merosot
1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir:
ia tidak sedar ketika anaknya ~ dari pangkuannya;

2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dan lain-lain):
harga getah sangat ~ tahun ini;

3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dan lain-lain):
maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya;
gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan;

4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dan lain-lain):
kesihatannya semakin ~;

merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusuntukan (harga, mutu, dan lain-lain);

kemerosotan perihal (kejadian dan sebagainya) merosot, keadaan merosot, kemerosotan:
kesan-kesan ~ ekonomi;
~ disiplin.

rosok III

sejenis tumbuhan (pokok kecil), geremung jantan (betina), kayu tengah, jerumau, medang kenyat, samak tebengan, temengau (jantan), Glochidion superbum.

rosok II

rosak sama sekali, rosak seluruhnya, binasa, musnah, rongsok;

rosokan barang-barang yang sudah rosak (tua), rongsokan, rombengan.

rosok I

[Minangkabau];

merosok mencari-cari dengan meraba, meresek, merogoh:
~ saku;
~ ikan
mencari ikan dengan meraba-raba di antara batu-batu dan lain-lain;

merosokkan memasukkan sesuatu (kaki dan lain-lain) ke dalam lubang dan lain-lain:
ia segera ~ sapu tangannya ke dalam saku.

roset

gubahan daripada reben atau bahan lain yang berbentuk bunga ros dan lain-lain dan dijadikan sebagai lencana, hiasan, dan sebagainya.

rosak

1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dan lain-lain):
banyak rumah yang ~ dipukul ribut;

2. [kiasan] bercalar-calar, kemik (tin dan lain-lain), luka-luka;
banyak pemain kita yang ~ banyak yang luka-luka;

3. [kiasan] buruk, busuk (buah-buahan, daging, dan lain-lain), hancur:
buah-buahan itu banyak yang ~;
mayat yang sudah ~
sudah busuk dan lain-lain;

4. [kiasan] tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dan lain-lain):
kereta saya ~ lagi pagi ini;

5. [kiasan] tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dan lain-lain):
bahasa (adat, perangai, dan lain-lain) yang sudah ~;

6. [kiasan] tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dan lain-lain):
perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu;
seorang panglima yang telah ~ ingatannya;

7. [kiasan] kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dan lain-lain):
jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dalam negeri, ~ isi negeri;

8. [kiasan] tidak baik, jahat (nama);
~ binasa rosak sama sekali;
~ hatinya
a) amat menderita sedih;
b) buruk perangainya;
~ moralnya buruk tingkah lakunya;
~ namanya mendapat nama buruk;
~ perkahwinannya perkahwinannya gagal;
~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku (peribahasa) kelakuan yang jahat itu memburukkan bangsa yang mulia seperti penyakit menghilangkan rupa yang elok;

berosak;
~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri;
~ hati
a) menanggung sedih, bersusah hati;
b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya);

merosak mempunyai sifat dan lain-lain yang mengakibatkan rosak:
pengaruh yang ~;
kecaman yang ~;

merosaki selalu menjadikan rosak:
binatang peliharaan yang suka ~ tanamannya;

merosakkan menyebabkan rosak:
~ badan;
~ hati;
~ jiwa;
~ nama;
~ bahasa Melayu;
Socrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda;

kerosakan
1. perihal rosak:
semua ~ ini boleh dibaiki dengan senang;
angin membawa ~ yang banyak;

2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dan lain-lain):
tanaman banyak yang ~ akibat hujan lebat;

perosakan perihal merosakkan;

perosak ark
1. alat untuk merosakkan;

2. orang dan lain-lain yang merosakkan;
binatang (haiwan) ~ binatang yang merosakkan tanaman dan lain-lain;
kapal ~ kapal perang kecil yang dapat bergerak cepat;
~ keamanan orang yang mengganggu keamanan, pengacau.