rosak

1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dan lain-lain):
banyak rumah yang ~ dipukul ribut;

2. [kiasan] bercalar-calar, kemik (tin dan lain-lain), luka-luka;
banyak pemain kita yang ~ banyak yang luka-luka;

3. [kiasan] buruk, busuk (buah-buahan, daging, dan lain-lain), hancur:
buah-buahan itu banyak yang ~;
mayat yang sudah ~
sudah busuk dan lain-lain;

4. [kiasan] tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dan lain-lain):
kereta saya ~ lagi pagi ini;

5. [kiasan] tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dan lain-lain):
bahasa (adat, perangai, dan lain-lain) yang sudah ~;

6. [kiasan] tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dan lain-lain):
perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu;
seorang panglima yang telah ~ ingatannya;

7. [kiasan] kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dan lain-lain):
jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dalam negeri, ~ isi negeri;

8. [kiasan] tidak baik, jahat (nama);
~ binasa rosak sama sekali;
~ hatinya
a) amat menderita sedih;
b) buruk perangainya;
~ moralnya buruk tingkah lakunya;
~ namanya mendapat nama buruk;
~ perkahwinannya perkahwinannya gagal;
~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku (peribahasa) kelakuan yang jahat itu memburukkan bangsa yang mulia seperti penyakit menghilangkan rupa yang elok;

berosak;
~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri;
~ hati
a) menanggung sedih, bersusah hati;
b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya);

merosak mempunyai sifat dan lain-lain yang mengakibatkan rosak:
pengaruh yang ~;
kecaman yang ~;

merosaki selalu menjadikan rosak:
binatang peliharaan yang suka ~ tanamannya;

merosakkan menyebabkan rosak:
~ badan;
~ hati;
~ jiwa;
~ nama;
~ bahasa Melayu;
Socrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda;

kerosakan
1. perihal rosak:
semua ~ ini boleh dibaiki dengan senang;
angin membawa ~ yang banyak;

2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dan lain-lain):
tanaman banyak yang ~ akibat hujan lebat;

perosakan perihal merosakkan;

perosak ark
1. alat untuk merosakkan;

2. orang dan lain-lain yang merosakkan;
binatang (haiwan) ~ binatang yang merosakkan tanaman dan lain-lain;
kapal ~ kapal perang kecil yang dapat bergerak cepat;
~ keamanan orang yang mengganggu keamanan, pengacau.

berkongsi