rujuk

[Arab]

1. kembali (kahwin) dengan isteri yang sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu;

2. [kiasan] kembali kepada kedudukan atau pendirian yang asal (sebelum daripada itu):
ia tidak mengharapkan pemimpin-pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali;

merujuk
1. = merujuki berkahwin kembali dengan isteri yang sudah diceraikan:
hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya?

2. melihat untuk meneliti, melihat lebih lanjut:
calon-calon hendaklah ~ kepada risalah-risalah panduan;
jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kepada karya Euler;

merujukkan mengemukakan untuk dikaji, memanjangkan (kepada):
beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kepada jawatankuasa pilihan;
hakim besar ~ semula perkara itu kepada mahkamah rendah;

ruji II

= ruji-ruji
1. kisi-kisi, terali;

2. jari-jari roda, anak jentera, kasau pada payung;

3. (Biologi) kumpulan sel yang mengunjur seperti jejari dalam xilem dan floem tumbuhan.

ruji I

[sastera lama] makanan harian yang utama (nasi dan lain-lain):
beras ~;
tanaman ~
tanaman bahan-bahan makanan yang utama.

ruit

bengkok seperti kait;

teruit tersangkut (kaki, tanduk, dan lain-lain).

ruing

sejenis alat untuk menggulung benang yang pertama pada alat tenun;

meruing menggulung benang pada ruing.

ruhulkudus

1. Jibrail;

2. [Indonesia] (Kristian) roh suci, (diri ketiga dalam keesaan Tuhan, mengikut ajaran Kristian).

rugi

1. (dijual dan lain-lain) lebih rendah daripada harga pokok, tidak mendapat keuntungan:
jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal untuk menjalankan perniagaan itu habis;
jatuh (menanggung, menderita) ~
tidak beroleh keuntungan;
~~ untung walaupun rugi ada baiknya juga;

2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah daripada harga pokok):
berjual beli getah pada masa ini akan mendatangkan ~;
dia tidak sanggup lagi menanggung ~;
ganti ~ = silih ~
wang dan lain-lain sebagai pengganti sesuatu yang rosak (hilang dan lain-lain), pampasan;
kira-kira untung ~ kira-kira yang menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan;

3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja:
ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yang disaksikannya adalah hasil seni yang amat murah;

4. sesuatu yang kurang baik (tidak berfaedah), mudarat:
tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam;

5. hilang, habis (wang dan lain-lain):
ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin;
~ barang (tempoh, tenaga, wang)
habis barang (tempoh, tenaga, wang);
~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yang belum nyata kerana tidak dijual;
~ modal kerugian yang ditanggung daripada penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat daripada penurunan harga;
~ menentang laba, jerih menentang boleh (peribahasa) harus bersusah payah (merugi dan lain-lain) dahulu untuk mendapat sesuatu yang dikehendaki;

berugi, merugi menanggung rugi:
siapa pula lagi yang akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini;
siapa yang mahu ~?;
tak mahu ~ (merugi)
tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dan lain-lain) dengan cuma-cuma;
apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dan lain-lain);

merugikan
1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kepada):
pemogokan kereta api yang berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit;
berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca;

2. sengaja menjual lebih rendah daripada harga pokok, sengaja merugi:
kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka;

3. membawa akibat dan lain-lain yang kurang baik (kepada):
dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam;
aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu;

kerugian
1. mengalami (menanggung, menderita) rugi:
dalam masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000;
apa pun dasar yang dijalankan, kitalah juga yang ~ besar;

2. banyaknya atau jumlah perolehan yang kurang apabila dibandingkan dengan modal yang telah dibelanjakan, lawan keuntungan, rugi:
berapa besar ~nya?

3. sesuatu yang merugikan (seperti kerosakan dan lain-lain):
besarlah ~ yang akan menimpa mereka.