sagai

1. sejenis ikan laut, cermin, Caroides armatus;

2. sejenis ikan laut, Ulua mentalis.

saga II

cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yang diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi.

saga I

1. sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil),
a) Adenanthera pavonina;
b) Adenanthera bicolor;
~ gajah
sejenis tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellipticum;
akar ~
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Abrus precatorius;
akar ~ molek
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi;

2. penolong timbangan (emas);
seperti ~ di atas talam (peribahasa) kelakuan yang tidak tetap;
yang merah ~ yang kurik kundi (peribahasa) yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa;
diuji timbang lebih se~ (peribahasa) perbezaan yang amat kecil.

safari

ekspedisi untuk melihat atau memburu binatang-binatang buas;
taman ~ kawasan tanah yang luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yang menaiki kenderaan dalam kawasan itu.

safan

[Arab];

~-safa habis licin sama sekali, melawas:
dengan sesaat itu juga rimba yang besar itu habis ~-safa seperti padang yang maha luas.

Safar [Arab] bulan yang kedua dalam tahun Hijrah;
mandi ~ upacara mandi untuk menolak bala (pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dengan hukum Islam).