sagu II

~ hati
a) wang dan lain-lain yang diberikan sebagai ganti rugi:
kerajaan telah membayar ~ hati kepada tuan-tuan tanah yang membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka;
b) ganjaran sebagai penghargaan:
selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati daripada syarikat;
hadiah ~ hati
hadiah yang diberikan kepada orang yang tidak menang (sebagai penghargaan dalam sukan dan lain-lain).

sagu I

1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dan lain-lain);
jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ (peribahasa) tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha;

2. = tepung ~ tepung yang diperbuat daripada pati hati batang rumbia dan lain-lain;

3. = pokok ~ sejenis tumbuhan (palma yang pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.;
~ belanda (betawi)
sejenis tumbuhan (palma), Marantha arundinacea;
~ pisang
hati batang pisang;
~ rendang (biji-biji) sagu yang kasar;
~ rumbia sagu yang diperbuat daripada pati hati batang rumbia;
~ tampin pati sagu yang diperdagangkan;
akar ~ paya sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea;

menyagu
1. membuat sagu;

2. [bahasa percakapan] menganji dengan sagu.

sagat

alat untuk memarut kelapa, ubi kayu dan sebagainya, pemarut.

menyagat memarut (kelapa, ubi, dan lain-lain);

penyagat sagat.

sagar I

ijuk kabung yang boleh dibuat kalam;

bersagar anak ~ [Minangkabau] anak yang selalu kena sakit, anak yang saudara-saudaranya mati;
orang ~ [Minangkabau] orang yang tidak beranak (anaknya selalu mati);
ijuk tidak ~ (peribahasa) keluarga yang tidak mempunyai laki-laki yang disegani orang;

menyagar
1. melekatkan dengan sagar;

2. (menjadi) keras seperti sagar.

sagang

penyangga untuk senapang (tombak dan lain-lain), sandaran, topang;

menyagang
1. menyandarkan (senapang, tombak, dan lain-lain) pada sagang;

2. menopang dengan kayu dan lain-lain yang dipasang condong;

tersagang tersandar pada sagang, tersandar dengan condong (senapang dan lain-lain).