sakura

sejenis bunga berwarna merah jambu atau putih yang mekar pada awal musim panas di Jepun.

sakulus

(Biologi) struktur berbentuk kantung kecil bermembran yang membentuk sebahagian telinga dalam.

saku I

kocek (pada baju, seluar, dan lain-lain), kantung;
anak ~ kocek kecil;
kamus ~ kamus yang dapat dimasukkan ke dalam saku;

menyakukan memasukkan ke dalam kocek (saku).

sakti

1. = kesaktian kuasa yang di luar kemampuan manusia dan lain-lain biasa (kebal dan lain-lain):
masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga;

2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat:
keris yang ~;

menyaktikan
1. menjadikan sakti;

2. melakukan sesuatu dengan sakti;

kesaktian, kesakti [arkaik] sakti:
mereka mempunyai sifat-sifat ~ yang tidak dapat ditandingi lagi.

saktah

[Arab] tempat menghentikan bacaan (dalam al-Quran) seketika tanpa menarik nafas, kemudian menyambung semula bacaan dengan nafas yang sama.

saksi

orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan):
siapa ~nya dalam perbicaraan tadi?;
ada ~ku yang kauambil barang itu;
~ ahli
[Indonesia] saksi yang dipilih kerana keahliannya;
~ alibi [Indonesia] saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa;
~ dusta [Indonesia] = ~ palsu saksi yang diada-adakan (tidak benar);

bersaksi
1. mempunyai saksi, ada saksi:
perbicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~;

2. menjadikan sebagai saksi;
~ ke lutut (peribahasa)
a) menjadikan sanak saudara sebagai saksi;
b) meminta pengadilan kepada orang yang bodoh;

bersaksikan mempunyai seseorang sebagai saksi:
pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yang memenuhi syarat sebagai saksi;

menyaksikan
1. melihat (menghadiri dan lain-lain) sebagai saksi, melihat (menghadiri dan lain-lain) sendiri:
mereka berkahwin dengan disaksikan oleh ibu bapa mereka;

2. melihat (sendiri):
orang yang datang untuk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yang telah diterapkan, dan akibatnyamasih dapat disaksikan hingga ke masa kini;

mempersaksikan
1. memperlihatkan sebagai bukti, membuktikan:
dia ingin ~ kebolehannya kepada rakan-rakannya;

2. memperlihatkan kepada orang lain supaya menjadi saksi;

kesaksian keterangan yang diberikan oleh orang yang melihat (mengetahui dan lain-lain), bukti, kenyataan:
sekiranya seseorang daripada saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah;

penyaksian perbuatan menyaksikan;

penyaksi ~ mata orang yang melihat sendiri.

saksama

1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti:
menjatuhkan hukuman dengan ~;

2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil:
inilah raja yang adil lagi ~ pada zaman itu;
mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dengan adil, ~, timbang rasa, dan dengan tidak berperasaan pilih kasih;

3. berpatutan, munasabah:
sebilangan daripada majikan enggan membayar upah yang ~;

kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dan lain-lain), sifat saksama:
~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.