[Indonesia] salmon.
Author Archives: admin
salam II
sejenis tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini.
salam I
1. sejahtera (dalam kata majmuk), damai;
2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat:
baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda;
~ takzim salam dan hormat;
berjabat ~ berjabat tangan;
memberi ~ mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dan sebagainya);
bersalam berjabat tangan:
ia telah dikerumuni oleh orang-orang yang ingin ~ dengannya;
bersalaman, bersalam-salaman saling bertukar salam (berjabat tangan):
kami ~ sambil bertukar senyum;
menyalami bersalam dengan:
dia ~ lelaki tua itu;
persalaman perihal bersalam:
~ yang mesra.
salak II
sejenis tumbuhan (palma), Zalacca edulis;
~ hutan sejenis tumbuhan (palma),
a) Zalacca affinis;
b) Zalacca conferta; c) Zalacca glaborescens;
~ kumbar = ~ ringan sejenis tumbuhan (palma), Zalacca wallichiana;
tinggal kelopak ~ (peribahasa) habis harta bendanya (tinggal yang ada di badan sahaja).
salak I
bunyi (suara) anjing yang kuat:
~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah;
menyalak
1. berbunyi dengan keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya;
2. menggonggong kepada:
anjing itu ~ pencuri;
3. [Minangkabau] tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek;
anjing ~, bukit takkan runtuh (peribahasa) tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yang jahat;
seperti disalak anjing bertuah (peribahasa) tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi;
salakan salak.
salajur
[Brunei] (dengan) serta-merta, langsung:
saya akan ~ menonton orang bermain bola selepas kerja.
salai
ikan ~ ikan yang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;
pisang ~ pisang yang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;
bersalai
1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;
2. duduk di atas tempat yang agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara untuk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yang baru bersalin):
amalan ~ untuk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecuntukan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi (peribahasa) perempuan yang mengandung di luar nikah;
menyalai
1. mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api:
ibunya sedang ~ daging tupai;
getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yang berkeping-keping dan disalai di rumah asap;
2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yang baru bersalin);
3. memasang lampu (damar dan lain-lain):
kemudian dian pula yang disalai;
tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api:
ribuan keping getah yang ~ di situ;
salaian
1. penyalai;
2. sesuatu yang disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (mengasapi) di atas api;
penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dan lain-lain);
penyalai perkakas (para-para dan sebagainya) yang digunakan untuk menyalai:
dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~.
salah tafsir
tidak betul atau silap tafsirannya, salah mengerti;
menyalahtafsirkan memberikan atau membuat tafsiran yang salah, salah mentafsir:
kebanyakan orang cenderung ~ kebudayaan sebagai kesenian dan adat resam;
penyalahtafsiran perihal (perbuatan dan sebagainya) menyalahtafsirkan:
~ dalam hal agama Islam tidak sewajarnya berlaku.
salah III
~ nama sejenis tumbuhan (pokok), puki anjing, Cynometra cauliflora;
akar ~ hutan sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar larak, Fissistigma fulgens;
rumput ~ pemakai sejenis tumbuhan (rumpai), rumput janggut kuau, Fimbristylis aestiralis.
salah II
~ satu (sebuah, seorang) satu antara dua atau banyak (buah, orang, dan lain-lain);
~ suatu = ~ sesuatu
a) segala sesuatu;
b) suatu antara semuanya.