salib

1. dua batang kayu yang bersilang seperti tanda campur;

2. tanda yang berupa garis yang bersilang seperti tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dan lain-lain);

menyalib menghukum mati dengan mengikat atau memaku orang yang dihukum itu pada kayu salib;

penyaliban perihal (perbuatan dan sebagainya) menyalib.

sali I

[sastera lama] kuat, kukuh, teguh;
sama ~ sama kuat;
bulang ~ kacak sama, tinggal lagi mujur malang (peribahasa) kalah menang dalam perlawanan yang sama kuat itu bergantung pada nasib sahaja.

salasilah

[Arab] daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).;

kesalasilahan hal yang berkaitan dengan salasilah.