[bahasa percakapan] calit.
Author Archives: admin
salir
menyalir, menyalirkan mengalirkan atau menyalurkan keluar (air dari sesuatu kawasan):
di kawasan yang rendah, airnya agak susah untuk disalirkan;
tanah ini kalau disalirkan airnya, akan menjadi tanah ladang yang baik;
saliran sesuatu yang digunakan untuk menyalir, saluran;
penyaliran perbuatan (kerja) menyalir(kan);
penyalir sesuatu (alat dan sebagainya) yang menyalirkan cecair.
salip
sejenis tumbuhan (rumpai), senayan hutan, siamit hutan, Scleria lithosperma.
salinometer
alat untuk mengukur kadar garam dalam sesuatu larutan, misalnya air laut.
saling
kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan;
~ membantu bantu-membantu, bertolong bantu;
kesalingan perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) berbalas-balas antara dua pihak:
kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsionalisme dalam kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya.
salin
tukar (pakaian, nama, dan lain-lain), ganti (kenaikan), tiru (tulisan, karangan, dan lain-lain);
(se)~ tak tumpah (peribahasa) dua orang yang serupa benar;
bersalin
1. bertukar (pakaian dan lain-lain), berubah (warna, kulit, bulu, dan lain-lain):
dia mahu ~ pakaian;
2. [bahasa halus] melahirkan anak, beranak:
maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~;
bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti;
menyalin
1. menukar (dengan yang lain), mengganti:
pakaian hendaklah selalu disalin;
2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dan lain-lain):
penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dalam botol;
3. meniru, menulis (serupa dengan yang ada):
bapaku diupah untuk ~ hikayat-hikayat yang tua itu;
4. menterjemah:
pada hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu;
menyalini, mempersalin, mempersalini [sastera lama] memberi hadiah atau anugerah (dengan selengkap pakaian):
maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya;
utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari;
mempersalinkan [sastera lama] menghadiahkan selengkap pakaian, menganugerahkan:
baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia;
salinan
1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal:
hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar;
2. terjemahan;
persalinan, persalin 1. = pesalin [sastera lama] selengkap pakaian (sebagai hadiah):
segala orang yang datang itu semuanya dianugerahinya pesalin;
2. pakaian untuk bersalin:
diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan;
3. perihal bersalin:
~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap;
penyalinan perbuatan dan sebagainya menyalin (sesuatu naskhah dan sebagainya);
penyalin
1. orang yang menyalin (menterjemah dan lain-lain):
~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan;
2. alat atau mesin yang digunakan untuk membuat salinan bahan bercetak dan sebagainya.
salih III
ganjil, lain daripada kebiasaan (balar, bangkut, dan lain-lain);
mat ~ panggilan bagi orang berkulit putih (bangsa Eropah dan Amerika).
salih II
[sastera lama] datang atau pergi:
silakan tuanku ~ kembali, paduka adinda cintakan tuan;
~ berlancang pergi dengan perahu lancang.
salih I
soleh I
salidak
corak anyaman kaum Iranum di Sabah yang menggunakan motif siku keluang, lazimnya terdapat pada anyaman tudung saji.