tukar (pakaian, nama, dan lain-lain), ganti (kenaikan), tiru (tulisan, karangan, dan lain-lain);
(se)~ tak tumpah (peribahasa) dua orang yang serupa benar;
bersalin
1. bertukar (pakaian dan lain-lain), berubah (warna, kulit, bulu, dan lain-lain):
dia mahu ~ pakaian;
2. [bahasa halus] melahirkan anak, beranak:
maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~;
bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti;
menyalin
1. menukar (dengan yang lain), mengganti:
pakaian hendaklah selalu disalin;
2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dan lain-lain):
penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dalam botol;
3. meniru, menulis (serupa dengan yang ada):
bapaku diupah untuk ~ hikayat-hikayat yang tua itu;
4. menterjemah:
pada hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu;
menyalini, mempersalin, mempersalini [sastera lama] memberi hadiah atau anugerah (dengan selengkap pakaian):
maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya;
utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari;
mempersalinkan [sastera lama] menghadiahkan selengkap pakaian, menganugerahkan:
baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia;
salinan
1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal:
hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar;
2. terjemahan;
persalinan, persalin 1. = pesalin [sastera lama] selengkap pakaian (sebagai hadiah):
segala orang yang datang itu semuanya dianugerahinya pesalin;
2. pakaian untuk bersalin:
diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan;
3. perihal bersalin:
~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap;
penyalinan perbuatan dan sebagainya menyalin (sesuatu naskhah dan sebagainya);
penyalin
1. orang yang menyalin (menterjemah dan lain-lain):
~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan;
2. alat atau mesin yang digunakan untuk membuat salinan bahan bercetak dan sebagainya.