sama rata

1. ratanya serupa;

2. = sama rasa semuanya sama;

menyamaratakan menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain):
engkau ~ sahaja manusia lain dengan Wim;

kesamarataan sifat (keadaan dan sebagainya) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain):
anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dengan perempuan;

penyamarataan proses menyamaratakan sesuatu.

sama

1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dan lain-lain), serupa:
bajunya ~ dengan baju saya;
dua kali dua ~ dengan empat;
pangkatnya ~ tinggi dengan pangkat saya;

2. (turut) serta, bersaing (dengan orang lain) melakukan sesuatu:
penjaga kedai turut ketawa ~ apabila mendengar cerita itu;

3. yang setanding (setaraf dan sebagainya) dengan, setanding, seimbang, setara, setaraf:
jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya;

4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya:
mereka sama-sama ketawa;

5. = sama-sama kata yang menunjukkan perbuatan dan sebagainya yang berbalas-balasan, saling:
memang laki bini itu ~ tidak suka;
tahu ~ tahu
sama-sama tahu;

6. [bahasa percakapan] akan, kepada:
aku mulai sebal ~ perempuan itu;
mengapa engkau mesti marah ~ dia?

7. [bahasa percakapan] dengan, berserta:
Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami;

8. [sastera lama] sambil, seraya:
maka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawatnya;
~ ada apakah, ataukah;
~ ada … atau baik … mahupun;
~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dan lain-lain) yang sama;
~ dengan serupa dengan;
~ kita antara kita sahaja;
~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dan lain-lain);
~ sahaja tidak berbeza (berubah);
~ sahaja (juga halnya) dengan tidak ubahnya seperti;
~
segi (mempunyai) segi yang sama;
~ sekali seluruhnya, segenapnya;
~ sendap [Kelantan] berpadanan dan sesuai, cocok;
~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri;
~ tengah
a) betul-betul di tengah;
b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali;
~ ukur kesamaan dalam bentuk (saiz dan lain-lain) antara dua bahagian;
~ unsur (unsur-unsur yang) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop;
air ~ air, sampah ke tepi juga (peribahasa) jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga;
burung pipit ~ enggang (peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;
tak ~ getah batang dengan getah daun (peribahasa) kasih kepada anak sendiri itu tidak sama dengan kasih kepada anak saudara;
telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun (peribahasa) orang yang seia sekata dalam pergaulan;

sesama antara (mereka itu) sendiri:
mereka pun asyik berbicara ~ mereka;
~ manusia;

sama-sama
1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sebagai satu kumpulan);

2. serta, bertepatan (dengan);

3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dengan orang lain:
saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dalam konteksnya;

4. ungkapan yang lazim digunakan untuk membalas ucapan terima kasih daripada orang lain, terima kasih kembali;
?

bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dengan, serentak dengan:
esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya;
kami mudik bersama-sama;
~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit;

2. semuanya sekali, seluruhnya:
tempat perundingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak;
kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dengan penuh selera;

3. untuk sesamanya, untuk sekaliannya:
harta ~;
kemakmuran ~;

4. [bahasa halus] melakukan hubungan jenis, bersetubuh:
isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;

bersamaan
1. bertepatan dengan, berbetulan dengan:
hari Khamis ~ 20 September;
ada dua orang ahli Tasawuf yang ~ waktunya di Acheh;

2. hampir sama, hampir serupa;

3. berbandingan (dengan), berimbangan (dengan):
30 sentimeter salji ~ dengan 2.5 sentimeter hujan;
skalanya
2 sentimeter ~
1 kilometer;

4. berpadanan, sesuai:
~ dengan teori tadi, kita buatlah suatu rumusan;

5. setara, sebanding, setingkat:
profesor madya di Amerika Syarikat ~ dengan pensyarah kanan di sini;

kebersamaan keadaan atau hal bersama:
rasa ~ dengan anggota masyarakat;

menyama-nyama membuat diri seperti, berlaku spt:
tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya;

menyamai sama dengan, setaraf dengan, setanding dengan:
pada zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru;
kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Tertinggi di Amerika;

menyamakan
1. menjadikan sama (serupa, selaras, dan lain-lain):
arnab dapat ~ warna dirinya dengan warna tanah;
kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dengan negeri yang lain;

2. menganggap (memandang) sama sahaja (dengan sesuatu), menganggap tidak berbeza daripada, menganggap serupa (setara, setanding, dan lain-lain):
pendekatan formalistik sering disamakan dengan pendekatan struktur;
gadis Melayu tidak boleh disamakan dengan gadis Barat;

3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt:
manusia tidak boleh disamakan dengan jentera; perbuatan serupa itu dapat disamakan dengan mengusik anjing tidur;

mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikuntukan, mengembarkan, menyertakan;

mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dengan orang banyak):
tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan;

kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama:
manusia sangat sukar untuk memelihara ~ dan kesatuan dalam soal bahasa;

ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama:
~ antara gambaran dan hakikat;

persamaan
1. perihal sama (sifat-sifatnya dan lain-lain), persesuaian:
yang membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan;
ada ~ antara orang asli di Filipina dengan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu;

2. perbandingan, perumpamaan, ibarat:
~ yang diberikan dalam sajak-sajak itu banyak yang salah;

3. perbandingan dua ungkapan yang sama nilainya (dalam ilmu hisab, fizik, kimia, dan lain-lain);
~ kimia perlambangan tindak balas kimia dengan menggunakan simbol unsur-unsur untuk menandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas;

penyamaan perbuatan menyamakan (menyelaraskan):
perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia;

penyama sesuatu (orang, perkakas, dan lain-lain) yang menyamakan.

salut I

pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selonsong;
~ bunga kecubung yang terdapat pada bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga);
~ surat sampul surat;

bersalut
1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung:
tongkat kecil hitam dengan kepalanya ~ tembaga;
bungkusan itu ~ kertas minyak;

2. [kiasan] berselubung, berselindung:
hadiah yang murah tetapi ~ ikhlas;
seruku riang ~ jenaka;

menyalut membalut, membungkus, menyampul:
gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar;
~ sarung keris dengan perak;

menyaluti menjadi sebagai salut pada, membaluti:
tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi;

salutan sesuatu yang digunakan untuk menyalut;

penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu.

salur

sesuatu (seperti pembuluh, parit, dan lain-lain) yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dan sebagainya;
~ buah pinggang saluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi-pundi kencing;
~ darah saluran (dalam badan) yang menyalurkan darah;
~ halus salur darah dengan salur nadi yang halus, jalan saraf, arteriol;
~ kencing saluran yang menyalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh, uretra;
~ makanan saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut;
~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dalam buah zakar);
~ nadi saluran yang membawa darah dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri;

menyalurkan
1. mengalirkan (sesuatu yang cair dan lain-lain):
air yang kotor itu disalurkan ke laut;

2. menyampaikan (membawa dan sebagainya) melalui jalan atau cara tertentu:
segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama;

tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan;

saluran
1. salur;

2. [kiasan] jalan (perantaraan, cara, dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:
kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan;
segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu;

3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dan sebagainya) yang berfungsi untuk menyiarkan sesuatu rancangan;

penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dan lain-lain);

penyalur (sesuatu) yang menyalurkan, penyampai, pembawa:
bahasa yang berkesanggupan menjadi alat ~ ilmu dan kebudayaan.

salung

[Minangkabau] sejenis serunai pendek, seruling;
~ api buluh yang digunakan untuk meniup api, teropong api, buluh solan;
~ asap corong lampu;

bersalung meniup seruling.