orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan):
siapa ~nya dalam perbicaraan tadi?;
ada ~ku yang kauambil barang itu;
~ ahli [Indonesia] saksi yang dipilih kerana keahliannya;
~ alibi [Indonesia] saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa;
~ dusta [Indonesia] = ~ palsu saksi yang diada-adakan (tidak benar);
bersaksi
1. mempunyai saksi, ada saksi:
perbicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~;
2. menjadikan sebagai saksi;
~ ke lutut (peribahasa)
a) menjadikan sanak saudara sebagai saksi;
b) meminta pengadilan kepada orang yang bodoh;
bersaksikan mempunyai seseorang sebagai saksi:
pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yang memenuhi syarat sebagai saksi;
menyaksikan
1. melihat (menghadiri dan lain-lain) sebagai saksi, melihat (menghadiri dan lain-lain) sendiri:
mereka berkahwin dengan disaksikan oleh ibu bapa mereka;
2. melihat (sendiri):
orang yang datang untuk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yang telah diterapkan, dan akibatnyamasih dapat disaksikan hingga ke masa kini;
mempersaksikan
1. memperlihatkan sebagai bukti, membuktikan:
dia ingin ~ kebolehannya kepada rakan-rakannya;
2. memperlihatkan kepada orang lain supaya menjadi saksi;
kesaksian keterangan yang diberikan oleh orang yang melihat (mengetahui dan lain-lain), bukti, kenyataan:
sekiranya seseorang daripada saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah;
penyaksian perbuatan menyaksikan;
penyaksi ~ mata orang yang melihat sendiri.