saksama

1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti:
menjatuhkan hukuman dengan ~;

2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil:
inilah raja yang adil lagi ~ pada zaman itu;
mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dengan adil, ~, timbang rasa, dan dengan tidak berperasaan pilih kasih;

3. berpatutan, munasabah:
sebilangan daripada majikan enggan membayar upah yang ~;

kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dan lain-lain), sifat saksama:
~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.

berkongsi