sekap

[Jakarta];

menyekap
1. menyimpan di tempat yang tersembunyi (tertutup), memeram (buah-buahan):
~ pisang;

2. mengurung (menahan, memingit) dalam bilik (penjara dan lain-lain): pencuri itu senang disekap di penjara;
~ mulut
menutup (mengunci) mulut;

sekapan
1. sesuatu yang diperam, (buah) peraman;

2. orang yang disekap (ditahan, dipenjarakan, dikurung);

3. = penyekapan tempat menyekap, penjara, kurungan;

penyekapan
1. perbuatan menyekap;

2. tempat menyekap, penjara.

sekang

[Minangkabau] sumbat;

menyekang menyumbat, mengganjal;
~ mata [kiasan] menyakitkan (tidak menyenangkan, merisaukan) hati;
~ perut [bahasa kasar] makan, mengisi perut;

tersekang tersumbat, tersekat.

sekan

(Matematik) garisan lurus yang memotong suatu bulatan pada dua tempat yang berlainan.

sekam

kulit padi (yang tertanggal setelah ditumbuk dan lain-lain);
~ menjadi hampa berat (peribahasa) (kehilangan yang) tidak merugikan sangat;
seperti api di dalam ~ (peribahasa)
a) perbuatan jahat yang tersembunyi;
b) cinta yang terpendam;
tiada terbawa ~ (peribahasa) seseorang yang dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangainya;
tiada terbawa ~ segantang (peribahasa) keadaan seseorang yang sangat lemah (kerana uzur dan lain-lain).

sekali gus

(melakukan sesuatu dan lain-lain) dengan satu kali sahaja atau serentak:
mereka mahu membayar baki hutang mereka ~.