~ lima jantan sejenis tumbuhan (pokok kecil), balung ayam, ceret hutan, kayu sampu kelau, Clerodendron deflexum.
Author Archives: admin
seka
berseka menyapu-nyapu (menggosok-gosok) dengan kain dan lain-lain:
maka ~lah ia di hadapan meja cuci muka, lalu berpakaianlah;
menyeka, menyekai menyapu (menggosok dan lain-lain) supaya bersih atau kering:
disekanya air mata yang mengalir di pipinya yang cengkung itu;
peluh yang mengalir di muka diseka dengan tangan;
menyekakan menyapukan, menggosokkan.
Sek.
[kependekan] Sekolah:
~ Rendah.
sek II
[Indonesia] ;
tembakau ~ sejenis tembakau yang halus racikannya.
sek I
[Kelantan] koyak, carik.
sejumbuk
sejenis tumbuhan (herba), ekor angin, Plantago major.
sejulung
[Kelantan] beberapa ketika (bulan, tahun) yang lalu.
sejuk II
daun ~ sejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata.
sejuk I
1. tidak panas atau hangat, rendah suhunya, dingin:
peti ~;
2. segar dan nyaman:
apabila banyak udara keluar masuk dari sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~;
3. berasa dingin:
kulit ini memelihara tubuh daripada ~, basah, …;
4. [kiasan] tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega:
berita yang hendak hamba nyatakan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman;
~ hati tidak risau, lega, tenang;
~ paru-paru sejenis penyakit bengkak paru-paru;
~ senyek [Kelantan] sejuk benar (macam air batu);
bersejuk terdedah kepada keadaan sejuk, kena sejuk:
kenapa ayah dibenarkan bangun pada pagi hari untuk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~?
menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu:
bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung;
menyejukkan
1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dan lain-lain), mendinginkan:
dia pergi merendamkan dirinya dalam sungai untuk ~ badannya yang panas itu;
2. menenangkan (fikiran, perasaan, dan lain-lain), meredakan atau menghilangkan (kemarahan dan lain-lain), menghiburkan, menyenangkan:
senyuman dan pandangan yang berisi itu ~ hatinya;
cinta sebagai api membakar, cinta sebagai air ~;
3. [kiasan] membaikkan (keadaan), memulihkan:
nilai mata wang sterling telah diturunkan untuk ~ ekonomi yang terlalu kucar-kacir;
kesejukan
1. perihal sejuk, kedinginan:
di tengah-tengah ~ yang menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah;
2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin:
kaki tangannya menggeletar ~;
penyejukan perihal menyejukkan;
~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dalam bilik, kereta, dan lain-lain);
penyejuk sesuatu yang menjadikan sejuk (kipas angin, dan lain-lain):
mesin ~.
sejuk beku
diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (berkenaan (dengan) bahan makanan dan sebagainya):
kesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dengan ikan segar biasa;
sperma ~;
menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dan sebagainya) sejuk beku:
peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah;
penyejukbekuan proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyejukbekukan:
buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan;
pektin digunakan untuk mengawal saiz hablur ais yang terbentuk semasa ~.