[Kelantan] setompok kecil, sejemput.
Author Archives: admin
sejoker
[Kelantan] sebahagian kecil (kuih dan lain-lain), secebis, sekelumit.
sejingkat
bersejingkat berjalan dengan hujung kaki, berjengket, bertonjet.
sejerit
~ hitam sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek (hitam), selempah, serepat jantan, Gnetum campestre.
sejat
hilang atau kering (air, minyak, dan lain-lain) kerana menjadi wap dan lain-lain:
ada seketika air pun ~lah;
saya ada sepuluh gelen minyak petrol, tetapi tiga gelen daripadanya telah ~ kerana panas;
menyejatkan mengeringkan air dan lain-lain (dengan mengewapkan dan lain-lain):
air bersih tidak meninggalkan apa-apa hampas apabila disejatkan;
tersejat telah hilang atau kering (air dan lain-lain) kerana diwapkan dan lain-lain:
garam akan menghablur di sekeliling pantai laut apabila airnya ~ oleh panas matahari;
penyejatan perihal menyejat (menjadi kering):
untuk menghindarkan ~, permukaan air itu hendaklah dilapisi dengan minyak;
penyejat alat (mangkuk dan lain-lain) untuk menyejatkan sesuatu:
mangkuk ~ .
sejarawi
berkaitan dengan sejarah:
pernyataan ini tentunya agak berlawanan dengan pernyataan klasik ahli linguistik ~ tempatan;
pendekatan ~ tidak dapat menerangkan fenomena demikian.
sejarawan
ahli sejarah.
sejarang
sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, (batang) lelada, Ervatamia peduncularis.
sejarah
1. [sastera lama] asal usul (keturunan), salasilah:
~ Melayu;
2. peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo:
cerita yang disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya;
3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh:
~ Tanah Melayu;
ahli ~;
~ umum sejarah mengenai seluruh dunia;
bersejarah
1. [arkaik] menanyakan asal usul, mengusul:
sungguh, lebih baik hamba ~ dengan dia;
2. mengandungi sejarah, termasuk dalam sejarah:
Melaka ialah sebuah bandar yang ~;
menyejarahkan meriwayatkan, mengisahkan;
kesejarahan perihal sejarah:
watak perwira Hang Tuah dilukiskan dengan amat terbatas sekali, sesuai dengan ~nya dalam Sejarah Melayu;
persejarahan perihal sejarah, yang berkaitan dengan sejarah:
hakikat keilmuan dan ~ yang ditunjukkan oleh al-Quran;
penyejarahan penulisan sejarah:
Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dalam ~ Melayu.
sejangkang
sejenis tumbuhan (pokok), jangkang betina, Xylopia ferruginea.