selar III

ular tedung ~ sejenis ular, Ophiophagus hannah;

menyelar melata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain).

selar II

sejenis ikan laut, Atule mate;
~ abu-abu (ubur-ubur) sejenis ikan laut, Carangoides praeustus;
~ batang (keledek, renceh)
sejenis ikan laut, Carangoides djedabba;
~ gelek
sejenis ikan laut, Atule mate;
~ kuning
sejenis ikan laut, pelata kuning, Selaroides leptolepis;
~ kuning jantan
sejenis ikan laut, Selar boops;
~ letup-letup
sejenis ikan laut, Carangoides oblongus;
~ papan
sejenis ikan laut, Alepes bari;
~ pucat a
) sejenis ikan laut, pelata bulat, lolong putih, Selar crumenophthalmus;
b) sejenis ikan laut, Selar megalaspis.

selar I

tanda ~ cap atau tanda (yang dibakar dahulu sebelum digunakan);

menyelar
1. membubuh tanda dengan besi panas:
penternak itu ~ lembu peliharaan mereka;

2. [kiasan] mengecap (dengan kata-kata), mengecam, membidas (dengan kerasnya):
Munshi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yang membazir dan pincang yang berlaku di Pahang;

3. [Minangkabau] menggoreng (ikan dan lain-lain);

selar-menyelar tuduh-menuduh (kata-mengata dan lain-lain);

menyelarkan membubuh (tanda) pada sesuatu:
dia ~ tanda bintang pada lembu itu;

selaran
1. hasil menyelar (dengan besi panas);
~ matahari keadaan merah dan melecur pada kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah matahari yang panas terik;

2. [kiasan] tuduhan, kecaman, kritik:
~ ini menyakitkan juga hati kita yang mendengarnya.

selaput

lapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;
~ dara selaput yang menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks);
~ jantung selaput yang membalut jantung;
~ mata selaput pembungkus biji mata;

berselaput ada selaput, bersalut dengan kulit tipis, berlapis (bersalut) dengan sesuatu:
mukanya kotor ~ habuk;
mata ~
mata yang disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular;

menyelaputi menyelubungi, melitupi, membungkusi:
biji kacang yang kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji;
bulu susuk yang ~ badan burung;
tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin;

menyelapuntukan memberi bersalut (berlapis) dengan, menyaluntukan, menyelubungkan;

selaputan benda yang menyelaputi (menyelubungi) sesuatu:
matanya masih lagi berbalam kerana ~ air matanya.

selap I

hilang akal (tidak sedarkan diri, pengsan, pitam, dan lain-lain) kerana kerasukan:
~ ia seperti rupa dimasuki jin;

menyelap, menyelapi
1. merasuk, mengganggu (roh jahat dan lain-lain):
diselap hantu;

2. menimpa, menyerang (penyakit dan lain-lain);

keselapan
1. hilang akal (ingatan) kerana marah dan lain-lain;

2. kerasukan.