selasih

= ~ putih sejenis tumbuhan (herba untuk rempah dan ubat), ruku-ruku, Ocimum basilicum;
~ dandi
a) sejenis tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam, Ageratum conyzoides;
b) = ~ hutan sejenis tumbuhan (pokok renek), Stachytarpheta indica;
buah ~
sejenis tumbuhan (herba dan buah), Passiflora foetida;
bunga ~
bunga pokok selasih putih.

selasar

sambungan pada ibu rumah (yang menganjung ke luar), sejenis serambi (beratap atau tidak):
segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di ~ balai.

selara III

[Minangkabau] daun-daun yang telah tua dan kering;
sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula ~nya (peribahasa) waktu lagi kaya tidak pernah berderma apalagi waktu miskin;

menyelara menjadi kering (daun).