tali tempat menggantungkan orang-orangan (kain, daun-daunan, dan lain-lain) untuk menakuntukan atau menghalau burung dan lain-lain.
Author Archives: admin
selayang
sejenis ikan laut, Decapterus spp.
selayak
sejenis burung, cenuk, kerak, sanuk,
a) Rhamphococcyx curvirostris erythrognathus;
b) Rhinortha chlorophaea.
selayah
sejenis kain tudung (perempuan).
selawe
[Jawa] [arkaik] dua puluh lima.
selawat
doa kesejahteraan ke atas Nabi:
setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan;
berselawat membaca selawat, berdoa:
kadi ~ tiga kali dengan nyaring suaranya;
menyelawatkan berselawat untuk memohon sesuatu.
selatan
mata angin (arah) yang bertentangan dengan utara, daksina, kidul;
~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dengan selatan;
~ menenggara arah antara selatan dengan tenggara.
selat III
[Kelantan], [bahasa percakapan] jikalau, sekiranya.
selat II
[Minangkabau] celah, sela;
menyelat masuk di celah-celah:
~ di antara orang banyak;
menyelatkan meletakkan (mendudukkan) di celah-celah, menyelitkan;
terselat termasuk di antara dua benda, terselit.
selat I
laut yang sempit yang menceraikan dua daratan atau pulau-pulau:
S~ Melaka; S~ Teberau;
Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yang letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pada zaman kolonial).