sejenis burung, burung tukang besi, Megalaima haemacephala indica.
Author Archives: admin
sental
menyental
1. menggosok dengan kuat (supaya bersih), mengganyah:
dia sudah ~ badannya dengan sabun lebih dua kali sewaktu mandi tadi;
2. [bahasa kasar], [kiasan] makan (hingga habis);
3. [kiasan] mengambil hak orang lain (tanpa kebenaran), mencuri, mencopet:
semalam pencuri telah masuk kampung dan ~ tiga buah basikal;
menyentalkan menggosokkan keras-keras, mengganyahkan;
sentalan hasil atau tindakan menyental:
~ ini menanggalkan sel kulit yang telah mati;
penyental alat untuk menyental:
batu ~.
sentak II
PI sejenis penyakit (kaku kaki tangan dengan tiba-tiba dan lain-lain).
sentak I
[Jawa];
menyentak kuat dan keras (suara orang marah dan lain-lain):
walaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut;
menyentakkan menengking, mengherdik:
tiba-tiba suara bapa dalam kamar menyentakkan kami.
sentak
menyentak
1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut:
disentaknya nyiur gading dari mulut ular itu dengan tangan kiri;
2. menarik dengan pantas (keris, pedang, dan lain-lain), mencabut, menyendal:
maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu;
3. menarik (mengecut, mengendur) dengan tiba-tiba:
mestilah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pada tembaga atau besi;
tersentak
1. tertarik dengan kuat, terpiuh;
2. tersedar (daripada tidur, lamunan, dan lain-lain) dengan tiba-tiba, terperanjat:
laki-laki bermuka cengkung itu ~ daripada khayalannya;
sentap
sentagi
1. sejenis tali;
2. sejenis bengkung (ikat pinggang) perempuan, setagen.
sentadu
= belalang ~ sejenis belalang berwarna hijau dan panjang kakinya, belalang kacung, cengkadak, mentadak-mentadu, Tenodera aridifolia;
ulat ~ sejenis ulat yang besar berwarna hijau.
sentada II
semut ~ sejenis semut;
ketam ~ sejenis ketam.
sentada I
1. sejenis tumbuhan (pokok), jati laut, Podocarpus polystachyus;
2. sejenis tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius.
senta II
menyenta menolak (permohonan, permintaan, dan lain-lain).