senter II

[bahasa percakapan];

~ haf pemain barisan kedua yang di tengah (dalam permainan bola sepak, hoki);
~ por pemain barisan penyerang yang di tengah (dalam permainan bola sepak, hoki);
tak ~ [bahasa percakapan] agak gila, tiga suku.

senter I

[Indonesia]

1. = lampu ~ lampu picit;

2. lampu yang boleh menyinarkan cahaya jauh-jauh, lampu corong;
gambar ~ gambar bayangan di atas layar (seperti wayang) tetapi tidak bergerak;

menyenter, menyenteri menerangi dengan lampu picit.

senteng I

1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dan lain-lain):
seperti kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~;

2. kekurangan (wang dan lain-lain), tidak mencukupi:
~ wang;

3. [bahasa percakapan] sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau;

menyentengkan
1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan;

2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurangkan;

kesentengan perihal senteng.

sentap

menyentap menarik kuat-kuat (dengan tiba-tiba), meragut:
pada ketika ini Wan Jamil ~ tali lehernya;
~ nyawa
mencabut nyawa, menyebabkan mati (dengan serta-merta)sentapan hasil atau tindakan menyentap:
mata terasa amat pedih kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pada mata kailnya menjernihkan semula mata yang layu.

sentang

1. sejenis tumbuhan (pokok), setan, setang, Melia excelsa;

2. sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, limpaga (Sabah), Azadirachta excelsa.

sentana III

[Minangkabau];

bersentana [arkaik] dengan sepertinya (selayaknya, sepatutnya):
malunya timbul kerana pakaiannya yang tidak ~ itu.