~ telinga badak sejenis tumbuhan (pokok), kelat tampoi, sempuh telinga badak, Crypteronia griffithii.
Author Archives: admin
serumat
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), akar tapak rimau, bulang pelanduk, kelurai, melur hutan, Canthium aciculatum.
serum
1. = ~ darah cecair jernih yang terpisah daripada bekuan darah dalam penggumpalan darah;
2. bahan antitoksin yang diperoleh daripada serum darah binatang yang dilalikan dengan bakteria penyebab penyakit;
3. cecair jernih yang dirembes oleh selaput tertentu;
menyerum [Indonesia] menyuntik dengan serum.
seruling
sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (daripada buluh dan lain-lain).
serul
tidak melekat (butir-butir nasi, ketul-ketul tanah, dan lain-lain), gembur.
seruk
[Jawa] sejenis tempat menyimpan beras daripada mengkuang dan lain-lain (boleh memuat 10 gantang);
bagai ~ dihentak ki orang yang terlalu gemuk.
seruit
sejenis tombak yang digunakan untuk menikam kura-kura, tempuling bermata satu.
seruh III
[arkaik] seru, sengit.
seruh II
~-serah bunyi seperti bunyi orang berjalan dengan mengheretkan kakinya.
seruh I
1. kecut atau kempis (bisul, bengkak, dan lain-lain), susut kerana mendap dan lain-lain (beras dalam karung dan lain-lain);
2. [Kedah] pucat lesi (seperti orang baru betah daripada demam).