[Indonesia-Belanda] surat keterangan, surat tanda, surat akuan;
~ doktor surat akuan daripada doktor.
Author Archives: admin
serta-merta
pada ketika itu juga, tanpa berlengah-lengah, segera:
arahan itu berkuat kuasa dengan ~;
keserta-mertaan keadaan serta-merta.
serta
1. turut, bersama, ikut, mengikut:
Australia telah menyatakan hasratnya untuk ~ dalam persidangan itu;
jikalau datang kepada had nyawa sekalipun yang pekerjaan tuan hamba ~lah hamba;
apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dari darat;
2. = berserta bersama-sama (dengan):
maka dipilihnya empat puluh anak peria yang baik-baik, dibawanya ~;
3. dan juga, juga:
Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja;
4. sebaik sahaja, demi, apabila:
maka baginda diam pada suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak;
5. sambil, seraya:
Benar pula itu, kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kepada Sutan Baginda;
6. baharu sahaja, sesudah:
~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kepada ibunya;
serta-serta = serta-menyertai;
berserta bersama-sama (dengan), mengikut, menurut:
orang kaya-kaya yang ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli;
jika engkau mati dengan pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dengan kamu;
menyertai
1. mengiringi, mendampingi, mengikuti:
setiap pelajaran yang saya berikan itu, disertai dengan latihan;
bantahan mereka kali ini disertai dengan ugutan yang lebih hebat;
2. bersama-sama dengan, menemani, mengawani (untuk menolong dan lain-lain):
Tuhan ~ orang yang sabar;
3. mengikut serta, turut bersama:
tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu?
serta-menyertai turut serta (dalam hal orang dan lain-lain), ikut mencampuri;
menyertakan, mempersertakan
1. membiarkan menyertai, memperikuntukan;
2. mengembarkan bersama (surat dan lain-lain), mengirimkan bersama (dengan);
pesertaan perihal berserta;
penyertaan perbuatan menyertai (menyertakan):
~ negara-negara anggota dalam rancangan-rancangan PBB;
peserta orang yang mengikut serta (dalam sesuatu perkara seperti pertandingan, pergerakan, dan lain-lain), pengambil bahagian:
seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dari Asia Tenggara, Australia dan New Zealand;
penyerta;
kata ~ [Indonesia] kata yang menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (seperti the, a danan dalam bahasa Inggeris, atau der, die dan das dalam bahasa Jerman), kata sandang.
sersi II
[Indonesia] sejenis kain tipis yang diperbuat daripada bulu biri-biri.
sersi I
[Indonesia] polis rahsia, mata-mata gelap.
sersan
[Indonesia] sarjan.
serpuk
terserpuk tertiarap (kerana jatuh), tersembam:
ia menerkam anaknya yang ~ di kaki tangga.
serpih
1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dan lain-lain):
tiang batu itu kelihatan ~ sedikit;
2. = serpihan;
menyerpih
1. menyerupai serpih;
2. menjadi serpih, pecah-pecah;
3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil;
serpihan kepingan-kepingan kecil (daripada sesuatu seperti batu, kayu, dan lain-lain), sobekan:
di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka;
jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dalam laci kamu.
serpai
1. serpih;
2. (Perhutanan) kepingan kecil kayu yang dihasilkan daripada kayu balak dan lain-lain yang digunakan untuk membuat papan serpai, pulpa, tepung kayu, dan lain-lain;
penyerpai mesin untuk memotong balak, reja kayu, dan lain-lain, menjadi serpai yang agak sekata saiznya.
serpa
[arkaik] serapah.