sista

(Perubatan) ketumbuhan di dalam tubuh atau di bawah kulit yang mengandungi cecair.

sisir III

[Minangkabau];

kesisiran termasuk duri dan lain-lain dalam daging, kesisipan;
terbuang ~ berasa senang atau lega.

sisir II

menyisir berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dan lain-lain):
kami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yang ditujui;
~ pantai
menyusur pantai;

persisiran daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai:
kawasan ~.

sisir I

1. alat untuk mengemaskan rambut, sikat;

2. alat untuk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat;

3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian daripada tandan), sikat;

4. sikat pada alat tenun, suri;

5. injap (pada pintu lukah, bubu, dan lain-lain) untuk menahan ikan keluar;
~ insang bahagian insang ikan yang berupa seperti sikat (untuk menyekat air, kumin-kumin makanan daripada terkeluar);
seperti gerup dengan ~ (peribahasa) perihal dua orang yang sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan);

bersisir
1. memakai sisir, bersikat;

2. (sudah) disisir, bersikat:
pakaiannya selekeh, rambutnya tidak ~;

3. sedang menyikat rambut;

menyisir
1. menyikat (rambut):
ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu;

2. membersihkan (tanah) dengan sisir, menggaru, menyikat (tanah):
tanah bendang yang berselut itu akan disisir pula;

3. memotong daun kelapa dari pelepahnya.

sisip

bersisip terletak dan lain-lain di celah-celah (di sela-sela), terselit:
sepucuk pistol ~ di pinggangnya;
~ keris

a) memakai keris dengan menyelitkannya di pinggang;
b) [kiasan] masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara;

bersisipkan memakai sesuatu (keris dan lain-lain) dengan menyelitkannya di pinggang:
di dalam andung itu duduk seorang bangsawan dengan pakaian yang indah, ~ keris;

menyisip
1. masuk di celah-celah (di sela-sela):
ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah;

2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yang bocor:
Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yang bocor dengan daun pisang atau dengan upih pinang;

3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dan lain-lain):
sentiasa baldu itu disisipnya;

4. = menyisipi (Linguistik) membubuh sisipan (em, el, er, dan sebagainya) dalam kata-kata:
perkataan gilang apabila disisipi dengan em menjadi gemilang;

5. = menyisipi menukar tanaman yang mati (yang kurang baik) dengan tanaman yang elok dan lebih segar:
~ padi;

menyisipkan, mempersisipkan
1. memasukkan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan:
bunga itu disisipkannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sejenis pundi-pundi tempat menyimpan wang yang disisipkan di pinggang;

2. memasukkan (ke dalam cerita, buku, dan lain-lain), memuatkan:
bahagian-bahagian lucu disisipkan di sana sini;

3. menggunakan sesuatu untuk menyisip (atap, jala, dan lain-lain);

4. (Linguistik) memasukkan sisipan (em, el, er, dan sebagainya) dalam kata-kata:
~ em dalam kata guruh menjadi gemuruh;

tersisip
1. sudah disisip, terselit:
sebilah keris ~ di pinggangnya;

2. terkandung (termasuk) dalam;

sisipan
1. sesuatu yang disisipkan;

2. (Linguistik) imbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok;

kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dalam daging, kemasukan;

penyisipan (Linguistik) perihal membubuh sisipan pada kata-kata pokok;

penyisip alat untuk menyisipkan sesuatu:
proses ini memerlukan ~ untuk menegangkan anyaman.

sisik II

~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sejenis tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens;
~ naga
= ~ tenggiling sejenis tumbuhan (herba), Desmodium triflorum;
~ penyu
= ~ puyuh sejenis tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa;
rumput ~ naga
sejenis tumbuhan (herba), Desmodium heterophyllum.

sisik I

1. lapisan kulit yang berkeping-keping (pada ikan, ular, kaki ayam, dan lain-lain):
memang tuah ayam dan burung dapat dilihat daripada ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu;

2. [kiasan] corak atau ragam:
engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia;
kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik tinggal kaji di guru
(peribahasa) kalau kurang hati-hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya;
minta ~ pada limbat (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak mungkin dapat;

bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik:
dengan takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan;

menyisik, menyisiki
1. membuang sisik (dari ikan dan lain-lain);

2. meraut buluh (lidi dan lain-lain) supaya licin;

3. melihat tuah ayam sabungan pada sisik di kakinya.

sisih

bersisih berpisah, berasing;
~ antah dengan beras (peribahasa) berasingan orang kaya dari orang miskin;

menyisih
1. beralih ke samping atau ke tepi (untuk memberi jalan lalu dan lain-lain), menepi, menyamping:
dia ~ ke tepi memberi jalan kepada ibunya mendapatkan adiknya;

2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri:
selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga;

3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan;
disisih bagai antah (peribahasa)
a) diasingkan dari yang lain kerana tidak disukai;
b) tidak boleh ikut campur kerana miskin;

menyisihkan
1. mengasingkan (diri dan lain-lain), memencilkan, menjauhkan:
perasaannya yang berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yang sunyi;

2. memisahkan, mengetepikan:
pentingnya bahasa sebagai alat dalam sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada;

3. [Indonesia] menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dalam permainan dan lain-lain), menyingkirkan (lawan);

tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah:
dia berasa dirinya ~ dari kawan-kawan yang telah lama bekerja di sana;
hidupnya ~ dari kaum keluarga;

sisihan (Matematik) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;

penyisihan perbuatan menyisihkan:
~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia.

sisi

1. bahagian yang di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi:
dia lari dari ~ku;
lukisan badan ikan itu dilihat dari ~;

2. garisan lurus yang menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi:
di tiga ~, dia dikelilingi oleh air;

3. segi, sudut, pihak (pandangan dan lain-lain):
mereka memandang dari ~ mereka sahaja;

di sisi
1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dengan:
ia duduk ~ suaminya;

2. di samping (bersama-sama):
ibu Ema yang telah tua itu dapat jua menghibur-hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya;

3. di samping (selain):
~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yang memakainya;

4. dari segi (pandangan dan lain-lain):
tiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yang sama antara satu dengan lain ~ undang-undang;

5. di kalangan:
ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat;

ke sisi ke tepi, ke samping;

dikesisikan diketepikan, dikesampingkan;

bersisi, bersisi-sisian berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dan lain-lain):
telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dengan dia ke mana-mana;

menyisi
1. pergi ke sisi (ke tepi, ke samping), menepi;

2. berjalan dan lain-lain di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur;

menyisikan
1. membawa dan lain-lain ke sisi (ke tepi);

2. mengetepikan (kerana tidak penting dan lain-lain), mengesampingkan.