siswazah

orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dan lain-lain, orang lulusan universiti;

pensiswazahan perihal (program, proses, usaha dan sebagainya) menjadikan seseorang sebagai siswazah atau berkelulusan ijazah:
~ guru besar boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah.

sistole

(Perubatan) tempoh pengecutan jantung apabila darah dipam keluar ke sistem peredaran darah.

sistisis

(Perubatan) radang pada pundi kencing, terutamanya pada perempuan, yang disebabkan oleh jangkitan.

sistematik

1. berasaskan atau menurut sistem:
ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang ~;

2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem.

sistem

1. cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan:
menurut ~ tulisan yang dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dengan cara menggunakan sempang;

2. kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan:
~ penghadaman;
~ saraf;

3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu:
~ pendidikan;
~ pemerintahan;

bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik;

mensistemkan menjadikan bersistem;

pensisteman proses menjadikan bersistem.