sistem

1. cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan:
menurut ~ tulisan yang dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dengan cara menggunakan sempang;

2. kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan:
~ penghadaman;
~ saraf;

3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu:
~ pendidikan;
~ pemerintahan;

bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik;

mensistemkan menjadikan bersistem;

pensisteman proses menjadikan bersistem.

berkongsi