bersisih berpisah, berasing;
~ antah dengan beras (peribahasa) berasingan orang kaya dari orang miskin;
menyisih
1. beralih ke samping atau ke tepi (untuk memberi jalan lalu dan lain-lain), menepi, menyamping:
dia ~ ke tepi memberi jalan kepada ibunya mendapatkan adiknya;
2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri:
selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga;
3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan;
disisih bagai antah (peribahasa)
a) diasingkan dari yang lain kerana tidak disukai;
b) tidak boleh ikut campur kerana miskin;
menyisihkan
1. mengasingkan (diri dan lain-lain), memencilkan, menjauhkan:
perasaannya yang berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yang sunyi;
2. memisahkan, mengetepikan:
pentingnya bahasa sebagai alat dalam sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada;
3. [Indonesia] menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dalam permainan dan lain-lain), menyingkirkan (lawan);
tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah:
dia berasa dirinya ~ dari kawan-kawan yang telah lama bekerja di sana;
hidupnya ~ dari kaum keluarga;
sisihan (Matematik) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;
penyisihan perbuatan menyisihkan:
~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia.