[Jawa] [arkaik] tempat (dalam kata majmuk).
Author Archives: admin
sono I
[Jakarta] sana.
songsong IV
[Jawa] payung kebesaran.
songsong III
~ arus sejenis siput.
songsong II
~ arus sejenis ikan laut, betung, selar papan, Caranax malam.
songsong I
berlawanan (bertentangan) arah;
~ arus belayar bertentangan dengan arah arus;
bersongsong berjalan (dan lain-lain) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dengan:
pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan;
menyongsong
1. menempuh sesuatu yang bertentangan arahnya (ketika belayar menentang arus air dan lain-lain):
pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat;
menyeberang lautan ~ gelombang;
2. menyambut kedatangan orang (tetamu dan lain-lain), mengalu-alukan:
budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dari kerja;
3. melawan (untuk membasmi), menentang;
4. menyambut (hari jadi, hari raya, dan lain-lain) dengan perayaan;
5. membayar ganti rugi, menyilih;
6. memenuhi (harapan dan lain-lain);
7. mengembalikan wang yang berlebih;
8. pergi (ke), datang:
tak malukah abang ~ ke tempat yang lengang sepi ini?
songsering
[Perlis] selesema, lemas hidung.
songsang II
kembang ~ [Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), Gloriosa superba.
songsang I
1. terbalik letaknya atau duduknya (yang di atas menjadi di bawah, yang di depan menjadi di belakang, dan sebagainya), terbalik keadaannya dan sebagainya (yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan dan sebagainya):
kerbau bertanduk ~;
berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas);
letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan);
2. [kiasan] berlawanan daripada biasa (berkenaan (dengan) ajaran, kepercayaan, amalan, dan sebagainya):
ajaran ~; seperti aur ditarik ~ (peribahasa) pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan;
menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dan lain-lain);
menyongsangkan menjadikan terbalik (yang di atas menjadi di bawah, yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dan lain-lain), membalikkan, menterbalikkan;
tersongsang terbalik;
songsangan sesuatu yang tersongsang, kebalikan;
kesongsangan keadaan yang terbalik daripada kebiasaan:
selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air;
penyongsangan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyongsangkan;
penyongsang alat yang menyongsangkan arus terus kepada arus ulang-alik.
songor II
[Terengganu] kelihatan bodoh, berpura-pura tidak tahu:
Ali ~ sahaja, tetapi di sekolah dia selalu mendapat nombor satu.