songsang I

1. terbalik letaknya atau duduknya (yang di atas menjadi di bawah, yang di depan menjadi di belakang, dan sebagainya), terbalik keadaannya dan sebagainya (yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan dan sebagainya):
kerbau bertanduk ~;
berjalan ~
berjalan di atas tangan (kaki ke atas);
letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan);

2. [kiasan] berlawanan daripada biasa (berkenaan (dengan) ajaran, kepercayaan, amalan, dan sebagainya):
ajaran ~; seperti aur ditarik ~ (peribahasa) pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan;

menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dan lain-lain);

menyongsangkan menjadikan terbalik (yang di atas menjadi di bawah, yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dan lain-lain), membalikkan, menterbalikkan;

tersongsang terbalik;

songsangan sesuatu yang tersongsang, kebalikan;

kesongsangan keadaan yang terbalik daripada kebiasaan:
selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air;

penyongsangan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyongsangkan;

penyongsang alat yang menyongsangkan arus terus kepada arus ulang-alik.

berkongsi