[Kelantan] laci meja.
Author Archives: admin
sorak I
= ~-sorai
bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dan lain-lain):
gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang;
di sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan;
biarlah alah sabung, menang ~ (peribahasa) biarlah harta habis asal hati puas;
dulu ~ kemudian tohok (peribahasa) menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yang belum pasti (terjadi, terbukti);
bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dan lain-lain):
semuanya ~ ria;
ramai orang yang ~ dengan gegak-gempita;
menyoraki bersorak kepada (untuk memberangsang, mengejek, dan lain-lain), bersorak-sorak akan:
dari kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya;
menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dengan suara yang nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dan lain-lain):
orang ramai ~ setuju;
sorakan teriakan yang nyaring, sorak:
~ mereka masih berlanjut-lanjut;
penyorak orang yang menyoraki (dalam sesuatu pertandingan, permainan, dan lain-lain).
sorai
sorak-~;
sorak I.
sora
[bahasa percakapan] suara.
soprano
(Seni Muzik) nada suara perempuan atau kanak-kanak yang tertinggi (dalam nyanyian).
sopi
[Indonesia] sejenis minuman keras;
~ manis sejenis minuman keras yang harum dan manis.
sopeng
[Kelantan] sumbing.
sopan santun
1. sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat dan sebagainya: ia menjadi bertambah indah apabila dikaitkan dengan kehalusan dan ~ wanita;
jaga ~ anda ketika menghadiri temu duga;
2. adat istiadat yang baik, tatasusila:
takkanlah dia tidak mengetahui ~ kehidupan orang Islam;
bersopan santun mempunyai atau menunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan:
orangnya kecil molek dan ~;
sejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin;
kesopansantunan hal yang berkaitan dengan sikap (sifat, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya) yang bersopan santun:
terselit nilai keislaman dan ~ dalam berbahasa dan juga dalam penyelesaian masalah.
sopan
1. hormat (segan, takzim) dengan tatatertib:
jangan kurang ~ di hadapannya;
2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab:
suaranya lembut dan ~;
kau memang kasar dan tidak ~;
3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur):
perempuan hendaklah sepanjang masa ~ dari segenap segi;
4. [sastera lama] berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan:
tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu;
bukanlah Raja itu besar namanya dan segala seteru pun tiada ~ akan dia;
bersopan berbudi bahasa, beradab:
orang kampung memang ~ kepada orang luar;
menyopani
1. berlaku sopan terhadap, menghormati;
2. = mengesopani [sastera lama] berasa takut (gentar, segan) akan:
tiada siapa yang dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja;
menyopankan mendidik (mengajar, mengasuh, dan lain-lain) supaya menjadi sopan, mengadabkan;
kesopanan
1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dan lain-lain):
gambar yang membayangkan ~ seorang gadis desa;
2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yang baik:
perbuatan kita sudah melanggar ~ timur;
3. keadaban, peradaban;
ketaksopanan keadaan tidak sopan:
nilai-nilai ~.
sopak
sejenis penyakit kulit (berbelang-belang putih pada tangan atau kaki).