= ~-sorai
bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dan lain-lain):
gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang;
di sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan;
biarlah alah sabung, menang ~ (peribahasa) biarlah harta habis asal hati puas;
dulu ~ kemudian tohok (peribahasa) menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yang belum pasti (terjadi, terbukti);
bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dan lain-lain):
semuanya ~ ria;
ramai orang yang ~ dengan gegak-gempita;
menyoraki bersorak kepada (untuk memberangsang, mengejek, dan lain-lain), bersorak-sorak akan:
dari kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya;
menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dengan suara yang nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dan lain-lain):
orang ramai ~ setuju;
sorakan teriakan yang nyaring, sorak:
~ mereka masih berlanjut-lanjut;
penyorak orang yang menyoraki (dalam sesuatu pertandingan, permainan, dan lain-lain).