absurd

mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dengan fikiran yang waras:
sesungguhnya adalah ~ untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.

abstraksi

proses membentuk gagasan atau konsep umum dengan memilih ciri-ciri umum daripada contoh-contoh yang khusus:
dalam kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yang dikaji.

abstrak

tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad:
kesetiaan adalah sesuatu yang ~;

mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;

keabstrakan perihal atau sifat abstrak:
kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri ~ lukisannya.

absolutisme

prinsip yang menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dan sebagainya) mestilah mempunyai kuasa yang mutlak atau tidak terbatas.

absen

[bahasa percakapan] tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain);

mengabsen [Indonesia] memanggil nama-nama orang untuk mengetahui atau menentukan siapa yang tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain):
guru ~ murid-murid pada waktu masuk sekolah.

absah

[Indonesia] sah (berkenaan (dengan) surat keterangan dan lain-lain);

mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dan lain-lain);

keabsahan keadaan sah, kedudukan yang sah, kesahan:
~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yang berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;

pengabsahan pengesahan.