agensi

1. organisasi perniagaan dan sebagainya yang mengendalikan sesuatu perkhidmatan:
~ pekerjaan;
~ pembantu rumah;

2. pejabat ejen;

3. organisasi pentadbiran kerajaan;
~ pelancongan

badan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, seperti menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dan sebagainya untuk orang ramai yang ingin melancong;
~ penarafan badan yang membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dan sebagainya sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.

agenda

1. susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan (dalam mesyuarat):
mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;

2. [arkaik] buku catatan.

agen

sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya):
~ pendebungaan;
~ kimia;
~ pengoksidaan
agen yang mendermakan oksigen kepada unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia;
~ penurunan agen (unsur, sebatian, dan lain-lain) yang menyingkirkan oksigen daripada unsur atau sebatian atau menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kepada unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia.

agas II

tali ~ tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang.

agar-agar

1. sejenis tumbuhan (lumut laut), Eucheuma spp.;

2. lumut laut yang sudah diproses (dibersihkan dan sebagainya) dan boleh dimasak untuk dibuat kuih atau penganan;

3. sejenis kuih.