[Jawa] hutan:
~ yang sunyi.
Author Archives: admin
alas I
1. sesuatu yang menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yang lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar;
~ cawan tempat diletakkan cawan, piring;
~ tiang asas tempat berdirinya tiang;
2. kain dan sebagainya yang digunakan untuk menutup sesuatu (seperti meja dan lain-lain), lapik, tutup;
~ bantal sesuatu yang ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung);
3. (Kejuruteraan) bahagian-bahagian di dalam enjin yang memusingkan suatu gandar atau yang memegang gandar yang berpusing;
~ baju lapik baju;
~ cap [arkaik] wang yang harus dibayar kepada pegawai Sultan yang membuat naskhah;
~ kaki sesuatu (seperti tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dan sebagainya);
~ kata [kiasan] kata pendahuluan;
~ kubur orang yang memikul kesalahan orang lain;
~ meja lapik meja, kain penutup meja;
~ muatan tolak bara (pemberat sebagai pengimbang) di bawah muatan perahu;
~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar;
~ peti tutup peti;
~ rumah ark asas rumah (dasar rumah);
~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (seperti teko dan lain-lain);
jadi ~ cakap untuk sagu hati kerana jasa yang telah disumbangkan;
beralas
1. memakai alas, berlapik:
cawan yang tidak ~;
meja–meja itu belum ~ lagi;
2. mempunyai asas (sebagai bukti, keterangan, dan sebagainya), berasas:
kata-katanya tidak ~;
3. [kiasan] (berkenaan (dengan) cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan;
beralaskan
1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sebagai alas, berlapik:
meja yang ~ kain putih;
mangkuk yang ~ piring kuih;
2. mempunyai (menggunakan dan lain-lain) sebagai asas, atas asas atau dasar, berasaskan:
ia ditangkap ~ bukti-bukti yang nyata;
mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sebagai alas (lapik) kepada:
ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya;
~ perut makan pagi;
dialas bagai memengat (peribahasa) apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu;
mengalaskan
1. menjadikan (meletakkan sebagai) alas:
~ sehelai tikar di bawah meja;
2. mengasaskan (mendasarkan) pada:
~ tuduhan-tuduhan pada cakap orang sahaja;
alasan
1. asas, dasar:
kepentingan bersama adalah ~ untuk menubuhkan suatu parti;
2. sesuatu (bukti, keterangan, dan lain-lain) yang dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dan lain-lain), sebab:
apa ~ ia bertindak demikian?;
jawatankuasa itu mempunyai ~ untuk membuat keputusan itu;
3. yang dijadikan sebagai alas:
jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~;
beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas:
ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan;
tuduhan-tuduhan yang tidak ~.
alarem
[Indonesia-Belanda] tanda bahaya.
alar
anak sahaya hutang-hutangan, anak hamba.
alaqah
[Arab]
1. darah beku yang membesar menjadi janin (bakal bayi, bakal manusia, lembaga);
2. hati kecil:
dizahirkannya kepada ~nya di dalam hatinya.
alap-alap
[Jawa]
1. helang belalang, burung rajawali;
2. [kiasan] pencuri, penyeluk poket;
~ sepeda pencuri basikal.
alap II
mengalap [Kedah], [Jawa] mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dengan galah yang memakai pisau atau kait di hujungnya.
alap I
[Selangor] sopan, santun:
lemah lembut ~ santun.
alang-alang
[Jawa] sejenis rumput yang tinggi, lalang.
alang III
= alangan [arkaik] hadiah, pemberian;
~ berjawab, tepuk berbalas (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dengan kejahatan pula.